Monday 30 June 2014

10 JENIS MAKANAN TERBAIK UNTUK MEMBAKAR LEMAK DENGAN CEPAT DAN BERKESAN

Dewasa ini ramai yang ingin berlumba-lumba untuk turunkan berat badan untuk mendapatkan bentuk badan yang menawan dan kelihatan langsing..sehinggakan ada yang sanggup mengambil dan mengamalkan pil-pil dan ubat-ubatan tanpa mengira risiko jangka panjang yang akan dihadapi yang kebanyakkan mendatangkan bahaya..So, kepada sesiapa yang ingin menurunkan berat badan tanpa risiko dan semulajadi, disini saya nak kongsi ngan korang senarai 10 jenis makanan terbaik yang dapat membakar lemak dengan lebih cepat dan berkesan..

jenis makanan membakar lemak dengan cepat dan berkesan
10 jenis makanan membakar lemak dengan cepat dan berkesan
1. Oat : Oat adalah sejenis bijirin, bukan sahaja rasanya yang hebat tetapi juga mengurangkan rasa lapar. Ianya mengandungi serat yang membantu dan menstabilkan tahap kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
2. Telur: Telur adalah sumber yang kaya dengan protein dan pada masa yang sama, rendah kalori. Telur membantu untuk membina otot dan membangunkan kolesterol baik untuk badan.
3. Epal : Epal diperkaya dengan antioksidan yang kuat dan makanan tambahan lain. Paling penting ia mengandungi Pectin yang membantu untuk mengurangkan sel-sel lemak di dalam badan.

4. Cili Hijau : Cili hijau mengandungi Capsaicin yang membantu membangunkan sel-sel pertumbuhan badan dan membakar kalori dalam masa cepat.
5. Bawang Putih : Bawang putih mengandungi Allicin yang mempunyai ciri-ciri anti-bakteria membantu mengurangkan lemak dan membuang kolesterol tidak baik.
6. Madu : Madu adalah salah satu yang terbaik untuk membakar lemak. Tambah madu dalam air suam dan mengambil setiap hari pada awal pagi .
7. Teh Hijau : Teh Hijau adalah salah satu yang paling berkesan yang membantu anda untuk mengurangkan berat badan. Ia mengandungi Antioksidan yang membantu dan menstabilkan badan kita weight.Take harian 2 cawan teh untuk hasil yang lebih baik.
8. Rumput Gandum : Ianya meningkatkan metabolisme dan membantu untuk mengurangkan lemak dalam badan. Kombinasi terbaik untuk diet yang baik.
9. Tomato : Tomato membantu membakar lemak dalam masa cepat. Ia juga membantu untuk menjauhkan diri dari kanser. Ditambah dengan Vitamin A, Vitamin C, Kalsium dan Kalium yang tinggi termasuk kaya dengan Beta Karotena yang sangat berguna untuk mata.
10. Coklat Gelap : Coklat gelap mengandungi Flavonoid, ciri-ciri anti-radang yang membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam darah. Ia merangsang pertumbuhan Serotonin dalam darah dan juga membakar lemak.
Artikel asal: Interesting Facts

Friday 27 June 2014

VITAMIN E COMPLEX SHAKLEE JAWAPAN KEPADA MASALAH KULIT ANDA

Alhamdulillah hanya tinggal kurang dari 1 hari lagi Bulan mulia yang kita tungu-tunggu akan menjelma tiba,bulan penuh keberkatan dan pengampunan didalamnya...Dan kurang daripada 2 hari juga closing shaklee akan melabuhkan tirainya..Dan ini juga bermakna hanya tinggal 2 hari promosi untuk VITAMIN E yang awosome akan ditutup huhuhu...

teringat pertama kali bila zizi join shaklee ni dulu antara vitamin yang zizi jatuh cinta adalah vitamin E ni..ketara amat perubahan kulit di badan ku ini hehehe...terutama sekali di bahagian wajah..dulunya kulit wajah ku yang kusam,tona tak sekata,berparut dan agak berjerawat betul-betul membuatkan hatiku stress dan berasa rendah diri huhuhu...Alhamdulillah bila da jumpa Vitamin E shaklee ni dan mengamalkan Set Kecantikan ni secara konsisten muka da tak kusam lagi..tona kulit sekata,licin,gebu,bersih,putih dan glowing gitu hehehe..excited pulak cerita kesan vitamin E ni,tapi inilah realitinya hehehe...

So,kalo korang nak tampil cantik di hari raya nanti bha apa tunggu lagi,jom la try Vitamin E ni,hasilnya terbaik hehehe tak rugi tau...harga berpatutan hanya RM149 jak dan boleh tahan sampai 4 bulan...sangat2 la berbaloi...


PROMOSI VITAMIN E SHAKLEE
PROMOSI VITAMIN E SHAKLEE

Antara kebaikan dan kelebihan vitamin E Shaklee 
1) Melindungi jantung - Pengambilan harian 800IU Vitamin E untuk jantng yang sihat membantu melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid, meningkatkan koleterol HDL, kurangkan tekanan darah, halang platelet  darah melekat ke dinding arteri, halang anemia hemolitik, penyakit jantung dan lain-lain

2) Bantu meningkatkan kemampuan produktif - Kajian pada 1924 mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Lelaki yang mengambil 600IU-800IU Vitamin  E sehari mampu meningkatkan kiraan sperma mereka. Sebab tu ia juga dipanggil 'Vitamin Cinta' 

3) Anti-Penuaan - Bantu lambatkan penuaan, kurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kult dan ton muka, dada dan otot paha

4) Anti-Oksidan yang kuat - Pengambilan lebih dari 1,200IU sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau memperbaiki masalah oksidasi iaitu katarak dan masalah penglihatan. 

5) Perbaiki Arthritis - Tingkatkan keanjalan salur darah, perbaiki kitaran darah, rawat bahu kejang, pening buasir, urat varikos dan sakit sendi

6) Memperbaiki parut - Bantu memperbaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut

Pengambilan bersama vitamin A, C dan E dapat  menggandakan kesan anti-oksidan dalam melawan radikal bebas. Radikal bebas nilah antara penyebab kulit kita cepat tua dari usia sebenar dan anti-oksidan la yang boleh melawan dan membebaskan radikal bebas ni dari tubuh kita. Vitamin E ini juga sesuai untuk sesiapa yang ada masalah keguguran rambut.


haa ni adalah Gambar TESTIMONI HOT Vitamin E aka SET KECANTIKAN dari customer tercinta kak liza (TQ kak bab mengizinkan post gambar tuk testimoni hehehe)..Biarla gambar yang berkata-kata...

SHAKLEE KOTA KINABALU
TESTIMONI VITAMIN E
So, jika anda berminat dan ingin tahu tentang Vita-E Complex Shaklee ni hubungi saya pada bila-bila masa jak. Saya akan konsult anda sehabis baik yang mungkin :)


Saya adalah pengedar sah SHAKLEE di Malaysia.. Hubungi saya 0109555204 untuk maklumat lanjut dan konsultasi tentang produk SHAKLEE yang bersesuaian dengan anda dan budget anda

Sunday 22 June 2014

SIMPTOM PENYAKIT KENCING MANIS DAN BAGAIMANA KEAJAIBAN VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PENGHIDAP??

salam sayang kepada uolss...apa khabar kepada pengunjung setia supermamaotet ni?diharap semuanya sihat selalu dalam lindungan rahmat dan kasih sayangNya,amin3 ya Allah...hari ni zizi nak kongsi dengan uolss pasal apa itu diabetes atau lebih dikenali sebagai kencing manis dan apa pulak simptom2 diabetes ni.....


TAHUKAH ANDA???

RAWATAN DIABETES
Nisbah pesakit diabetes di Malaysia

APA ITU KENCING MANIS??

Kencing manis atau juga dikenali sebagai Diabetes Melitus adalah masalah yang dikaitkan dengan masalah metabolisma dimana jumlah glukosa atau gula di dalam darah adalah sangat tinggi. secara saintifik atau bahasa perubatannya dikenali juga sebagai hyperglycaemia.


SHAKLEE KOTA KINABALU
GAMBAR NGERI KAKI PENGHIDAP DIABETES

PUNCA KENCING MANIS??

Kencing Manis berpunca daripada 2 masalah iaitu samada dari pankreas badan yang tidak menghasilkan cukup hormon insulin untuk memecahkan glukosa, ataupun kerana kegagalan hormon insulin itu sendiri untuk bertindak terhadap sel reseptor dalam darah. Apabila tahap glukosa dalam darah meningkat lebih dari tahap tertentu, glukosa selebihnya akan masuk kedalam urin (air kencing). Keadaan kelemahan insulin ini juga ada kerana keturunan; sekitar 3% bagi lelaki dan 2% bagi perempuan.

TANDA ATAU SIMPTOM PENYAKIT KENCING MANIS

1. PARAS GULA DALAM DARAH ADALAH TINGGI

Cara terbaik adalah berjumpa dengan doktor dan membuat ujian darah untuk mengetahui tahap gula dalam darah. Selepas makan, adalah normal kandungan gula dalam darah adalah sedikit tinggi namun ia tidak boleh berterusan tinggi sepanjang hari.

2. KERAP KENCING WAKTU MALAM & DAHAGA BERLEBIHAN

Kerap ke bilik air dan diikuti dahaga berlebihan adalah salah satu simptom penghidap kencing manis ini. Segera berjumpa doktor jika anda mempunyai simptom ini!!

3. SUSUT BERAT BADAN SECARA TIBA-TIBA

Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat.

4. LUKA LAMBAT SEMBUH

Ia adalah salah satu tanda yang kebanyakan pesakit kencing manis akan alami. Luka lambat kering kerana saluran darah dirosakan oleh glukosa yang berlebihan dan menyukarkan perjalanan darah untuk membantu penyembuhan.

5. PENGLIHATAN YANG KABUR

Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

6. HILANG DERIA RASA PADA TANGAN DAN KAKI

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki: Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.


CADANGAN SUPPLEMEN SHAKLEE UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

SHAKLEE KOTA KINABALH
VIVIX SHAKLEE

VIVIX SHAKLEE dikenali sebagai tonik anti-penuaan dan juga tonik ajaib Shaklee ini dapat melawan penuaan pada tahap sellular dan lebih dari itu sebenarnya. VIVIX diperbuat daripada ramuan semulajadi yang terdiri daripada Anggur Muskat (Muscadine Grape), Lobak Unggu (Purple Carrot), Elderberry (Sambucus Nigra) dan juga Polygonum Cuspidatum

Dari kajian makmal menunjukkan VIVIX Shaklee ini memberi kesan kepada 4 perkara utama::

1. Melindungi dan membaiki sel-sel DNA yang telah rosak
2. Membantu dalam pengawalan genetik
3. Menambah pengeluaran tenaga oleh sel-sel dalam badan
4. Melambatkan pembentukan protin AGE (protin AGE inilah yang merosakkan sel-sel badan kita)

Untuk keterangan lebih boleh rujuk sini

VIVIX ni juga membantu menjaga dan memelihara kesihatan jantung, kesihatan otak, kesihatan sistem imun, kesihatan sendi dan bermacam lagi. Boleh kata ia bagus untuk kesihatan menyeluruh badan kita. jadi sesuai la vivix ni dihadiahkan kepada orang yang tersayang,ibu bapa kita dan bila umur kita menjangkau 30 tahun ke atas boleh la kita secara konsisten mengamalkan untuk penjagaan kesihatan menyeluruh,kan mencegah itu lebih baik dari merawat.

jom kita tengok siapa2 yang telah berjaya merawat kencing manis dengan vivix shaklee ni...

TESTIMONI VIVX SHAKLEE UNTUK PESAKIT KENCING MANIS

TESTIMONI 1 :
testimoni diabetes shaklee

testimoni diabetes shaklee
EN R.JITENDRA BEBAS DIABETES
EN R.JITENDRA BEBAS DIABETES

En. R Jitendra merupakan penghidap Diabetes sejak 14 tahun yang lalu. Kadar gula dalam darah beliau ialah 15.5, tetapi kini setelah mengambil VIVIX Shaklee selama 7 bulan secara konsisten, kadar gula dalam darah telah menurun kepada 4.8 dan beliau telah bebas dari Diabetes. Kata beliau “ Kini saya dapat menikmati kehidupan saya dengan penuh gembira dan hebat; terima kasih VIVIX”

TESTIMONI 2 :

Testimoni dari ibu Puan Norita 

Mak saya mengidap kencing manis dan bila makanan tidak terkawal, bacaan kandungan gula dalam darahnya mula naik mendadak. Apabila perkara ini berlarutan, penglihatan mak menjadi kabur dan makin kabur. Mak kata, apa yang beliau rasa adalah...matanya menjadi makin kembang dan berair. Apabila hal ini berlaku, maka mak tak boleh melihat dengan baik bertambah buruk lagi mak tidak dapat memandu. Mak saya tak boleh makan sebarang supplement kerana ia akan menambah burukkan keadaan yang dia lalui. Mungkin disebabkan fungsi buah pinggangnya yang sedikit terjejas akibat kencing manis.

Oleh kerana itu saya hanya berikan mak saya vivix sahaja. Pada mulanya mak makan setengah sudu teh sehari tetapi kerana mak saya selesa dengan vivix, beliau mengambil 2 sudu besar sehari. Kini saya bekalkan mak saya 2 botol vivix untuk sebulan consume.Dalam masa tak sampai sebulan, penglihatan mak menjadi lebih baik. Mak rasa kedudukan matanya semakin elok dan tidak seperti sebelumnya yang mana ianya mengembang dan berair.

Alhamdulillah, mak saya boleh melihat semula ....tak perlu duduk dekat dengan tv untuk menonton seperti sebelum ini disebabkan matanya yang kabur. Penglihatan mak dah kembali sedia kala. Syukur pada ALLAH atas izinNYA jua. Pengambilan vivix banyak memberi kesan positif pada paras gula dalam darah mak saya serta penglihatannya yang kabur dulu telah pulih sedia kala.Tiada apa yang lebih menggembirakan saya selain kesihatan mak yang baik. Duit boleh dicari...selagi ada daya usaha.Mudah2an mak dapat menunaikan umrah dengan lebih baik, insyaALLAH. 


TESTIMONI 3 :

testimoni diabetes shaklee


Testimoni Vivix Shaklee

Alhamdulillah, dengan izin Allah VIVIX Shaklee ini telah dapat membantu ramai pesakit kencing manis. Apa pun kita hanya berusaha, dan terus berdoa agar orang yang kita sayangi sentiasa sihat apabila berada disamping kita. Ikhtiar itu penting, selain doa yang tidak pernah putus. Jikalau anda mempunyai mak ayah yang mempunyai masalah kencing manis ataupun penyakit kronik lain, boleh lah mendapatkan sebotol VIVIX Shaklee hari ini buat mereka dari zizi pengedar sah Shaklee anda!

Dapatkannya sekarang dengan Harga Retail Sebotol Vivix Shaklee adalah RM475. Ia adalah jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kesihatan dan kegembiran di wajah orang yang kita sayang.


Friday 20 June 2014

ATASI GIGI LONGGAR DAN BERDARAH DENGAN OSTEMATRIK SHAKLEE

Salam dan hello-hello uolss...hari ini suka saya kongsikan tentang masalah gigi longgar, rosak dan bergoyang yang terasa sangat menyakitkan saat mengunyah makanan. kadang-kadang hasrat di hati untuk mengambil makanan keras seperti steak daging terpaksa dilupakan. Pengambilan makanan keras ni akan menyebabkan sisa-sisa makanan senang melekat di celah gigi yang renggang yang secara tidak langsung mendatangkan kesakitan gigi yang teramat dan menjadi umpama mimpi ngeri bagi penghidapnya. 

selain itu, kekurangan pengambilan kasium ni kita boleh nampak time nak berus gigi terutamanya, gigi atau gusi kita akan berdarah setiap kali memberus gigi dan sekaligus merimas dan merisaukan kita...

shaklee kota kinabalu
gusi berdarah

Kami di Supermamaotet shoppe sedia berkhidmat membantu anda dengan memberi panduan serta konsultasi percuma penggunaan produk dari shaklee iaitu OSTEMATRIX owesome yang begitu kaya dengan sumber kalsium...

Untuk info, supplement kalsium ni mcm2 ada di pasaran tau, antaranya calcium carbonate, calcium lactate, calcium citrate, calcium gluconate, tetapi tidak semua kalsium ni sama k.. n kalsium shaklee ni ada vitamin D  untuk membantu penyerapan terbaik dalam badan.. ia membantu pembentukan tulang dan gigi yang kuat..tapi itu juga sebetulnya tidak cukup..ini kerana tulang yang kuat perlu 'melekat' antara satu sama lain. Oleh itu ia memerlukan mangan, boron, copper dan sebagainya sebagai simen.

Disebabkan itulah kita perlukan Ostematrix..

ostematrix shaklee
OSTEMATIRX- KALSIUM TERBAIK UNTUK SEISI KELUARGA

Selain itu, antara kebaikan OSTEMATRIX ni adalah;

1) Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
2) Mengelakkan penyakit osteoporosis
3) Memulihkan kekejangan dan otot2
4) Meringankan stress
5) Menstabilkan tekanan darah
6) Meringankan sakit semasa haid
7) Membantu dalam masalah gastrik

selain itu, Ostematrix ni juga sesuai untuk ibu bapa kita terutama yang mempunyai masalah tulang dan berumur. Mereka perlukan kalsium untuk membantu tulang lebih kuat di usia sebegini..husband pun boleh ambil ni tau..untuk info, Ostematrix adalah salah satu suplement yang dicadangkan SHAKLEE untuk SET KESIHATAN LELAKI..sgt sesuai untuk lelaki yang kurang minum susu @ yang aktif bersukan :)

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan bolehlah merujuk saya. Jangan segan silu sms/whatsapp 010-9555204 atau email zihak87@yahoo.com.my.

Saya merupakan Pengedar Shaklee di kawasan Sabah& sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee. Saya menyediakan perkhidmatan COD di kawasan sekitar Kota Kinabalu, Likas,Sepangar,Telipok,Tuaran,Penampang,Petagas dan Putatan (atas persetujuan bersama).


Wednesday 18 June 2014

30 TIPS HEBAT UNTUK HIDUP YANG INDAH

1. Ambil 10-30 minit berjalan setiap hari & semasa berjalan hendaklah SENYUM.

2. Duduk dalam diam (bertafakur) untuk sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.
3. Apabila anda bangun pada waktu pagi, berdoalah supaya Allah memberi
bimbinganNya untuk anda menjalani hari dengan baik.
4. Makan lebih banyak makanan yang tumbuh di pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan.

5. Minum air dengan banyak.
6. Cuba untuk membuatkan sekurang-kurangnya tiga orang tersenyum setiap hari.
7. Jangan buang tenaga yang berharga anda pada gosip, fitnah, kisah-kisah lama dan isu-isu yang negatif atau perkara yang diluar kawalan anda. Sebaliknya laburkanlah tenaga anda pada perkara-perkara yang positif.
8. Bersarapan seperti raja, makan tengah hari seperti seorang putera dan makan malam seperti kanak-kanak.
9. Hidup ini adakalanya tidak adil, tetapi ia masih baik. Jadi fikirkan yang baik-baik.
10. Hidup ini terlalu singkat bagi membuang masa untuk membenci sesiapa. Maafkan segala-galanya!
11. Jangan terlalu serius pada diri sendiri. Relaks.
12. Anda tidak perlu menang bagi setiap hujah. Bersetuju untuk tidak bersetuju.
13. Berdamailah dengan masa lalu supaya ia tidak akan merosakkan masa depan anda.
14. Jangan bandingkan kehidupan anda dengan orang lain.
15. Tiada siapa yang bertanggungjawab untuk kebahagiaan anda kecuali diri anda sendiri.
16. Jangan mengulangi kesilapan masa lampau.
17. Bantu golongan yang memerlukan. Murah hati. Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima. Be a ‘Giver’ not a ‘Taker’.
18. Apa yang orang lain fikir tentang anda, itu bukan masalah anda. Biarkan!
19. Masa yang akan menentukan segalanya. Berusahalah tanpa jemu.
20. Walau baik atau buruk suatu keadaan itu, ia pasti akan berubah.
21. Kerjaya anda tidak akan menjaga anda ketika anda sakit. Keluarga yang akan menjaga jadi sentiasalah berhubung dan berkomunikasi.
22. Hasad dengki adalah satu pembaziran masa. Jauhinya!
23. Setiap malam sebelum tidur, berdoalah kepada Allah dan bersyukurlah untuk apa yang anda telah capai pada hari tersebut!
24. Ingatlah bahawa hidup anda sangat diberkati.
25. Memaafkan diri sendiri & orang lain dan tidur dengan hati yang bersih.
26. Fikirkan yang baik-baik tentang orang lain bukan fikirkan yang buruk atau berprasangka.
27. Bersyukur untuk semua perkara-perkara yang kecil supaya anda boleh menghargai perkara-perkara besar.
28. Sentiasa gembira dan beri tumpuan kepada perkara yang positif.
29. Sentiasa memperbaiki kelemahan diri.
30. Kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang berada dalam senarai anda.

ENERGY CINCH MIX TEA SHAKLEE PEMBERI TENAGA YANG PASTI TIDAK MENGECEWAKAN

Assalammualaikum...bertemu lagi kita di blog ku yang tak seberapa ini..hari ini suka saya kongsikan tentang kebaikan Cinch Energy tea mix..baru-baru ni ada sorang costumer aka kawan opis kongsi pangalaman ambil ni cinch tea rasa badan bertenaga jak dan tak cepat ngantuk time kat opis dan paling siok tak ngantuk menghadap trafik jem masa drive pergi dan balik keja.... tanpa melengahkan masa Jom kita berkenalan seketika dengan kandungan Cinch Mix Tea:

kebaikan cinch energy tea shaklee
cinch energy tea shaklee


Taurina (asid amino)

  • bersifat detoks
  • antioksida, dan melindungi sel dari bahan toksik
  • membantu melarutkan lemak
  • meningkatkan pengeluaran hempedu di dalam hati - mengelakkan batu karang
  • bagus untuk perkembangan otak - digunakan untuk merawat keresahan, sawan, hiperaktif  dan sawan
  • bagus untuk mata
  • baik untuk kesihatan otak, jantung dan hati
  • membantu mengawal tekanan darah dan mengurangkan tahap kolesterol
  • bertindak seperti diuretik, tanpa kesan sampingan diuretik farmaseutikal
  • mengurangkan gejala diabetes jenis 1 atau Insulin dependent Diabetes dengan mengukuhkan sel-sel beta dalam pankreas
  • membantu pesakit cystic fibrosis untuk mencerna lemak
  • memberikan perlindungan pernafasan dan berguna dalam rawatan Asthma

Rooibos Red Tea

  • sejenis tumbuhan asli ( herba ) hanya terdapat di pergunungan Cedarburg , Afrika Selatan di mana ia dikenali sebagai " Teh Keajaiban " atau "Teh Life Long"
  • mempunyai 50 kali ciri-ciri anti-oksida teh hijau
  • tinggi kandungan Super Oxide Dismutase (SOD) , sejenis antioksidan yang sangat baik dalam pencegahan utama kerosakan radikal bebas.
  • bermanfaat dalam merawat insomnia , cepat marah, sakit kepala, katarak, ketegangan saraf dan tekanan darah tinggi
  • membantu melegakan kekejangan perut dan kolik
  • di Afrika Selatan ia digunakan untuk merawat alahan seperti demam alergi , asma & ekzema
  • mengandungi alpha-hydroxy - untuk kulit yang sihat
  • mengandungi anti-oksidan yang melindungi daripada kerosakan radikal bebas yang boleh membawa kepada kanser, serangan jantung, dan strok ( melambatkan proses penuaan & meningkatkan sistem imun)

Matcha Green Tea Powder

  • Matcha adalah gred tertinggi teh Jepun, ia dibuat daripada Gyokuro , teh hijau yang telah berkembang di bawah sehingga 90%, 21 hari sebelum dituai.
  • Matcha mengandungi 10 hingga 200 kali tahap antioksidan teh hijau biasa
  • Ia mengandungi 9x beta- karotena bayam dan 4x karotena yang beta lobak
  • Meningkatkan tahap tenaga, tanpa kesan sampingan seperti kopi ( juga lembut pada perut dan usus )
  • Meningkatkan kadar metabolisme sebanyak 35 hingga 40% , oleh itu membantu dalam kehilangan berat badan
  • meningkatkan daya detoksifikasi hati, seluruh badan, termasuk otak
  • Satu hidangan Matcha mengandungi kira-kira 70x lebih banyak antioksida daripada segelas jus oren.
  • Asid amino L-theanine yang banyak, dan mempunyai kesan paradoks memberikan rasa relaks & peka.

Jika anda teringin mengetahui lebih lanjut mengenai Cinch Tea Mix Shaklee boleh hubungi saya,Pengedar Sah Shaklee di kawasan Kota Kinabalu Sabah serta seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya 010-9555204 jika ingin mengetahui  dengan lebih lanjut mengenai produk SHAKLEE. 

Thursday 12 June 2014

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahukah anda apakah itu Asid Folik? Selalunya Asid Folik diberikan kepada ibu-ibu mengandung yang mendaftar di klinik ibu dan anak klinik kerajaan.. Warna dia kuning dan kecil.. Tapi tahukah anda mengapa ibu mengandung dibekalkan dengan asid folik ini? Jom baca...

Asid Folik merupakan salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semualajdi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan yis serta ekstrak daging lembu.

Mengapakah Asid Folik penting untuk ibu mengandung?

1) Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh sebabkan kerosakan saraf kekal

vitamin ibu mengandung
gambar bayi menghidap SPINA BIPIDA
2) Otak dan sistem saraf bayi  sedang membentuk  dan berkembang pesat pada 12 minggu pertama dalam kandungan. Oleh sebab itu, mengambil asid folik seiap hari adalah sangat penting pada masa ini

3) Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, ibu boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika ibu teruskan juga mengambil asid folik sepanjang kehamilan , ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu atau bayi.


Sumber dari babycenter.com.my

10 Tanda Anak Cukup Pengambilan Nutrisi

Anak merupakan anugerah tak ternilai bagi setiap pasangan suami isteri. Anak akan menjadi generasi penerus keturunan untuk keluarga. Tentu kecerdasan dan tumbesaran yang sihat akan menentukan apdakah sebuah keluarga bakal memiliki generasi yang berkualiti atau tidak. Tapi tidak semua orang ketahui ciri-ciri anak yang membesar sihat dan cerdas.

Mari kita lihat apakah tanda-tanda anak yang sihat yang telah mengambil nutrisi yang lengkap dan seimbang.


tanda-tanda anak cukup nutrisi


Inilah 10 tanda anak memperolehi nutrisi secukupnya.

1.       Bertambah umur, bertambah berat, bertambah tinggi

Anak yang sihat boleh dilihat dari ketinggian dan berat badan yang menngkat secara seimbang sesuai deangan umurnya. Tak terlalu gemuk juga tak terlalu kurus. Juga tak pula pendek.
Keadaan ini ditentukan oleh :
  • Kecukupan nutrisi makro (4 sihat 5 sempurna) untuk mendukung ketersediaan karbohidrat, lemak, dan protein
  • Kecukupan nutrisi mikro merupakan kalsium, zink, iodin, fosforus, vitamin D, dan magnesium 

2.       Posture tubuh tegap dan otot padat

Cuba pegang & rase tubuh anak kita. Adakah memenuhi kriteria ini? Jika belum, ia menunjukkan anak kite kekurangan vitamin D dan kalsium. Nutrisi ini ada pada ikan, brokoli, dan susu. Cara pemakanan yang diterima oleh anak kite sebelum ni belum tentu mencukupi pemakanan ideal mereka yang sebenarnya walaupun anak kite makan dalam kuantiti yang banyak. Jika kite nakkan pengambilan pemakananan yang cukup ideal, ibu bapa sangat2 digalakkan  untuk memberikan anak nutrisi tambahan seperti vitamin untuk kanak2.

3.       Rambut berkilau dan kuat

Kekurangan mineral zinc, protein, vitamin C dan D akan mengakibatkan rambut anak kite kemerahan, mudah gugur, kusam dan tipis. Untuk mengatasi masalah ini kite boleh berikan makanan tambahan@suplemen sebaik2nya dari sumber semulajadi seperti vitamin untuk kanak2 dari produk Shaklee. Nutrisi yang boleh diberikan setiap hari adalah daging lembu, telur, kekacang, dan produk soya. Walau pun kandungannya tidak selengkap makanan tambahan tapi setidaknya ia mengurangkan kekurangan pengambilan nutrisi.

4.       Kuku dan kulit bersih, tidak pucat, tidak bersisik, dan tidak kering
  
Jika anak kite mengalami gangguan pada kuku dan kulit ini bermakna anak kekurangan vitamin A, vitamin C, dan vitamin E. Sumber vitamin-vitamin ini ada pada ikan, kuning telur, sayuran dan buah-buahan berwarna kuning dan jingga. Termasuk di dalamnya terdapat betacarotin sebagai zat anti oksidan (anti penuaan).

5.       Wajah ceria, mata bening, dan bibir segar
  
Anak yang 'ber'nutrisi' baik selalu ceria, tidak mudah marah, dapat menyesuaikan diri dengan persekitarannya dan orang asing, mudah berkomunikasi, tidak pemalu, suka berteman, dan kulit wajah lembut. Wajah ceria dan kulit wajah lembut berkait rapat dengan kecukupan vitamin C dan E. Anak bergizi baik juga memiliki mata yang bersinar, jernih serta dapat melihat dengan baik. Ini berkaitan dengan penga,bilan vitamin A dan C. Bibir lembab dan segar berkaitan dengan kecukupan vitamin E dan mineral (zinc). Anak yang bibirnya pecah-pecah menandakan kurangnya vitamin E dan mineral zinc.

6.       Gigi bersih dan gusi merah muda

Anak bergizi baik juga memiliki gigi kuat, teguh dan bersih. Gusi berwarna merah muda berkilat. Jadi tidak diselubungi warna putih, tidak pucat, apalagi berdarah. Anak ini juga memiliki lidah yang bersih dan segar. Keadaan kesihatan ini berkaitan dengan kecukupanpengambilan niasin, asid folat, riboflavin dan vitamin B12

7.       Nafsu makan baik dan pembuangan teratur

Apabila anak terdedah dengan penyedap rasa (monosodium glutamate) yang banyak terdapat dalam jajan dan mee segera, maka banyak risiko yang bakal anak kita tanggung. Yakni gangguan pada kelenjar tiroid (tonsil & goiter), melemahkan sistem imunisasi, dan berisiko menderita diabetes di waktu yang akan datang.

 Selain itu fungsi 'pengecap' rasanya pun akan terganggu. Tak hairanlah jika anak kite mudah sakit, mudah mengamuk, gangguan emosi dan memilih makanaa. Mereka juga berhadapan dengan masalah tidak suka dengan sayuran. Walhal sayuran adalah salah satu penyebab sistem pembuangan anak teratur. Bila sistem pembuangan anak terganggu kite boleh bayangkan ye ape masalah yang bakal timbul setelah itu.

Selain masalah masalah2 di atas, kepentingan kalsium pula tidak hanya untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juge untuk menjaga kesihatan pencernaan. Yaikni menjaga kehidupan bakteri positif di usus dan  menjaga otot-otot usus yang aktif memproses makanan dan mengeluarkan kotoran sisa.

8.       Bergerak aktif dan berbicara lancar sesuai umurnya

Fungsi motor anak yang sihat boleh dilihat jika dia bergerak aktif sesuai dengan umurnya. Bergerak lincah dan bermain, berbicara lancar sesuai umur. Untuk mendapatkan keadaan anak sihat seperti ini kite perlu memberikan pengmabilan nutrisi makro sperti zat besi, zinc, vitamin B dan iodin. Selain itu mineral kalsium juga sangat diperlukan. Kalsium berperanan penting untuk elastik dan kekuatan otot  rangka, saraf otak dan signal saraf (neuro transmitter), menghaluskan gerakan motor, dll. Badan sakit dan sengal adalah salah satu tanda jika anak kekurangan kalsium.

9.       Lebih fokus dan bereaksi aktif

Anak cerdas memiliki sikap penuh perhatian, rasa ingin tahu, berinteraksi baik dengan sekitar, bereaksi aktif dan berprestasi. Keadaan ini dapat dicapai jika mereka mendapatkan kecukupan pemgambilan nutrisi makro dan mikro terutama iodin, zat besi, zinc, lemak omega-3 dan omega-6. Nutrisi ini boleh juga didapati dari vitamin untuk kanak2 Shaklee.

10.   Tidur nyenyak

Kecukupun nutrisi makro dan nutrisi mikro menjamin sel-sel tubuh tumbuh dengan baik, otak dan saraf tumbuh dgn sihat, dan metabolisme tubuh dapat berjalan dengan baik. Keadaan ideal ini mmepengaruhi kelangsungan terhadap tidur yang berkualiti. Tidur merupakan waktu ideal untuk tumbesaran tubuh dan sel-sel otak.

Tuesday 10 June 2014

RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI DENGAN SET KECANTIKAN SHAKLEE

Wanita dan kecantikan memang tidak dapat dipisahkan ibarat pepatah mengatakan 'bagai aur dan tebing'. Telah menjadi fitrah dan lumrah alam untuk wanita gemar kelihatan menarik dan menjaga kecantikan dalaman. Dalam dunia moden sekarang  ramai dalam kalangan wanita berlumba-lumba untuk menjadi cantik secara 'Ekspres' tanpa mengira kos dan modal asal hasrat didalam hati tertunai..Ketaksuban ini juga telah melekakan mereka dengan bahaya yang bakal diterima akibat ketaksuban mencari kecantikan dengan jalan singkat. 

Pengalaman saya sendiri sejak mengamalkan set kecantikan shaklee ni kulit kelihatan bersih putih gebu dan licin glowing gitu..hehe..Jom kita bershaklee dengan set kecantikan kulit dari shaklee awesome ni...

selami kecantikan dalaman terpancar ke luaran dengan harga yang berbaloi-baloi jimat dan tahan berbulan-bulan lamanya..

dapatkan juga tips menjadikan suplemen dari saya sebagai masker di sapu kat bahagian luar muka,tak usah membazir bazir duit ke salon kecantikan untuk masker...2 dalam 1...

KINI,saya perkenalkan 3 rangkaian suplemen yg menjadi rebutan org ramai masa kini..



RAHSIA KULIT CANTIK BERSERI
SET PENJAGAAN KECANTIKAN SHAKLEE


➀ B Compleks Shaklee

✤ Vitamin kecantikan ini penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan warna tona kulit pada wajah. Tidak timbul lagi masalah kulit wajah yang bertompok-tompok
✤ Selain itu, B Complex juga membantu dalam menstabilkan hormon badan kita; juga sesuai untuk mengurangkan rasa marah atau stress. Sekaligus membantu dalam menghasilkan kulit yang cantik dan ceria.



➁ Sustained Release Vita-C Plus Shaklee

✤ Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya.
✤ Membantu mengecutkan jerawat dan mengatasi masalah kulit kering.
✤ Membuatkan kulit semakin putih dan cerah.
✤ Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit.
✤ Vitamin C membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal bagi wajah anda. Kekurangan paras kolagen mengakibatkan kulit wajah anda kelihatan tua. Inilah sebabnya banyak artis Hollywood mementingkan tahap kolagen yang mencukupi; walaupun berusia 50 tahun ke atas, agar wajah kekal licin, tegang dan sihat seperti wanita muda 20-an.



➂ Vitamin E Complex With Selenium and Grape Seed Extarct Shaklee

✤ Juga dikenali sebagai Vitamin awet muda
✤ Melambatkan proses penuaan kulit
✤ Mengawal kadar pengeluaran minyak dalam liang kulit sekaligus mengurangkan masalah kulit berminyak.
✤ Sifat antioksidan yang tinggi: Sifat ini berfungsi melawan radikal-radikal bebas yang banyak terdapat di ruang udara kita yang biasanya menyebabkan masalah kusam, tompok-tompok hitam, jeragat dan pigmentasi.
✤ Vitamin E juga berperanan untuk melancarkan darah dan menjadikan muka fresh, glowing dan menjadikan kulit semakin cerah.
✤ Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
✤ Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
✤ Menjaga kelembapan kulit



Gabungan ketiga-tiga vitamin ini In Shaa Allah dapat menyelesaikan masalah kulit wajah anda ditambah badan juga akan sihat dan bertenaga.

Kulit yang kusam, berminyak dan tidak berseri biasanya disebabkan oleh radikal-radikal bebas yang terdapat di sekeliling kita. Radikal-radikal bebas ini memusnahkan sel-sel kulit wajah. Bila sel rosak, kulit pun tak cantik lah ... 


Untuk mendapatkan keputusan yang lebih mantap lagi, boleh juga add on atau tambah ESP Shaklee untuk menghilangkan parut-parut jerawat dan menghaluskan kulit anda. ESP ini sangat bagus kerana ia memperbaiki sel-sel rosak dalam badan kita. Bila sel-sel sihat, lebih mudah untuk menyerap segala zat-zat nutrient yang kita makan. 



SET PENJAGAAN KECANTIKAN SHAKLEE
SET PENJAGAAN KECANTIKAN SHAKLEE

NAK BUAT PESANAN SEGERA!!??

PM : https://www.facebook.com/pages/Supermamaotet-Shoppe/141111559433284?sk=messages_inbox
✉ 010-9555204 
COD area : Kota Kinabalu, Likas, Telipok, Penampang, Putatan,Petagas dan banyak lagi ( atas Persetujuan bersama )

Courier melalui Poslaju/Gdex: Sabah & Sarawak serta Seluruh Malaysia.

Nikmati perkhidmatan yang di tawarkan dari Supermamaotet  Shoppe
:
✔ Panduan pengambilan vitamin yang betul
✔Konsultasi PERCUMA after service secara berterusan
✔ Setiap pmbelian menerima sesuatu yg istimewa
✔ Penghantaran percuma

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah&Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee