Tuesday 30 June 2015

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK

Salam sayang di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut bulan mulia Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan Muslimat sedunia.. semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam hidup kita amin ya rabbal alamain..

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Monday 30 March 2015

PENGALAMAN SAYA BAGAIMANA MENGATASI MASALAH GASTRIK DAN MENDAPATKAN KULIT JARANG DITUMBUHI JERAWAT

Assalammualaikum wbt..

Salam sayang untuk pengunjung blogku sekalian. sudah agak lama tidak bersiaran. Malam ini hati tiba-tiba tergerak untuk berkongsi pengalaman diri sendiri mengamalkan suplemen yang Banyak memberikan maanfaat dalam hidup saya.

Dipendekkan cerita kisah cinta hati saya bermula dengan ESP SOY PROTEIN dan SUSTAINED RELEASE VITA-C PLUS. Dua jenis suplemen ini sangat memberi kesan yang mendalam untuk diri. Esp misalnya telah banyak membantu merawat gastrik yang saya hidapi sejak di bangku sekolah lagi.
testimoni gastrik esp soy protein
Testimoni panas dari ladang ni :)


Selain itu Vitamin C Juga teramat lah sangat membuatkan hati terpaut. Apa tak nya jerawat da jarang naik ke muka. tona kulit pun sudah sekata. Ndak lagi macam dulu yang berbelang-belang. selama mengamalkan vitamin c ni jugak alhamdulillah jarang dah demam atau sakit-sakit.

ini lah 2 jenis vitamin yang mesti diambil sehari-hari untuk memastikan saya bertenaga setiap hari. Jangan terkejut 2 vitamin ini jugak boleh menjimatkan duit anda ke salon-salon kecantikan untuk bermasker mendapatkan kulit yang cantik,gebu,halus dan glowing. Nak tau caranya klik sini.

so jika anda ingin mencuba suplemen kegemaran saya ini jangan segan silu hubungi saya 010 9555204. Segala kemusykilan dan pertanyaan akan dilayan secara percuma. Saya juga boleh membuat penghantaran terus ke kawasan sekitar Kota Kinabalu (persetujuan bersama) dan ke seluruh sabah dan Malaysia melalui penghantaran pos.

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Monday 16 March 2015

CARA MEMBEZAKAN PRODUK MILO ASLI DENGAN TIRUAN

Assalammualaikum wbt..

Beberapa hari yang  lalu satu serbuan telah dilakukan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK). Serbuan tersebut berjaya merampas produk Milo tiruan dengan nilai rampasan RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, Negeri Sembilan. 


Hasil pemeriksaan pihak berkuasa menemui 225 bungkus Milo tiruan yang sedia di pasarkan di kawasan berdekatan.

Susulan kes ini pihak Milo Malaysia mengeluarkan gambar untuk menjadi rujukan yang dapat membantu pengguna membezakan pek produk Milo yang asli dengan tiruan.


Pek Milo yang asal dibungkus dan dipotong oleh mesin dan tidak mempunyai gerigi yang jelas.

So kepada pengemar produk minuman milo mulai saat ni mesti teliti dan berhati hati bila memilih dan membeli produk Milo yang berada di pasaran sekarang k.

Pastikan original baru beli.

Saya pengemar dan pengguna Setia ESP Soy + Milo. Sedap gila emmmmm...  ESP Soy yang super awesome hot sales dan pelbagai khasiat. Alhamdulillah resepi minuman ni lah yang banyak membantu menyelesaikan masalah gastrik yang saya hidapi 13 yang lalu.

Nak cuba resepi ni? Jangan lupa whatsap zizie 0109555204 k. Free konsultasi berkaitan pengambilan ESP Soy dan produk shaklee yang lain.

Sumber: Sinar Harian

Sunday 15 March 2015

BAHAYA JANGKITAN PENYAKIT KAKI, TANGAN DAN MULUT ( HFMD )

Assalammualaikum wbt..

Minggu lepas terpaksa ambil cuti 2 hari dek kerana risau jangkitan penyakit kaki,tangan dan mulut di Taska anak. Penyakit ini kerap menyerang kanak-kanak dan secara lazimnya tidak berbahaya.

jangkitan penyakit kaki,tangan dan mulut (HFMD)
Jangkitan penyakit kaki,tangan dan mulut (HFMD)

Namun penyakit ini tidak boleh dipandang ringan kerana terdapat virus berkaitan penyakit ini dikatakan boleh membawa kepada maut. Hal ini terbukti bilamana pada tahun 1997 seramai 31 kanak-kanak di Sarawak meninggal dunia manakala 78 orang warga Taiwan terkorban akibat jangkitan HFMD setahun kemudian.


APAKAH HFMD?

Dikenali juga sebagai penyakit kaki, tangan dan mulut. HFMD adalah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus yang terdiri daripada virus seperti Coxsackie A, EV71 dan Echovirus. Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. 

jangkitan penyakit kaki,tangan dan mulut (HFMD)
VIRUS JANGKITAN KAKI,TANGAN DAN MULUT

Penyakit HFMD ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja termasuklah orang dewasa, tetapi jangkitan ini sering berlaku dalam kalangan kanan-kanak di bawah umur 5 tahun yang tidak mempunyai daya tahan badan yang kuat.

TANDA-TANDA JANGKITAN PENYAKIT

tanda-tanda jangkitan penyakit kaki,tangan dan mulut (HFMD)
  • Demam Panas
  • Sakit tekak
  • Air liur meleleh
  • Perubahan emosi yang ketara seperti kerap menangis dan tidak selesa
  • Kurang selera makan
  • Ulser di bahagian mulut dan tekak yang sakit (termasuk gusi dan lidah)
  • Ruam/lepuh dan biji-biji berair (blister) di tapak tangan dan kaki serta punggung dan kawasan lampin

CARA-CARA PENYEBARAN ATAU JANGKITAN HFMD

HFMD diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit yang sederhana. Ianya merebak melalui sentuhan langsung dengan lelehan yang keluar daripada hidung dan tekak seperti air liur dan hingus, cecair ruam atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini.

CARA RAWATAN JANGKITAN HFMD

Setakat ini belum ada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Rawatan yang diberikan hanya untuk melegakan tanda-tanda demam dan kesakitan yang dihidapi oleh pesakit. Pesakit digalakkan meminum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi.

CARA RAWATAN JANGKITAN PENYAKIT KAKI,TANGAN DAN MULUT (HFMD)

Elakkan penularan HFMD kepada orang lain dengan menjauhi tempat-tempat awam, mengelakkan hubungan rapat dengan ahli keluarga, menjaga harta benda anda seperti tuala,pakaian dan perkakasan makanan daripada berkongsi untuk menghindar menjangkiti orang lain.

Segeralah berjumpa doktor jika berlaku komplikasi berikut:
  • Sesak nafas
  • Mengantuk dan kekeliruan
  • sakit kepala yang teruk
  • kekakuan leher
  • Muntah
  • Pengambilan oral
  • Sawan
Salah satu cara rawatan selepas dijangkiti HFMD atau melindungi diri daripada dijangkiti adalah dengan meningkatkan pertahanan badan. Biasanya bagi kanak-kanak saya cadangkan adalah Mealshake, Vitamin C Chewable dan Omega Guard. Manakala bagi orang dewasa boleh tambah pengmbilan ESP.

Bagi kegunaan luar iaitu ubat untuk sapu boleh gunakan krim ajaib Herba Blend. Untuk kegunaan cucian anda juga boleh menggunakan Basic H.

berikut adalah beberapa testimoni

CARA RAWATAN JANGKITAN PENYAKIT KAKI,TANGAN DAN MULUT (HFMD)

CARA RAWATAN JANGKITAN PENYAKIT KAKI,TANGAN DAN MULUT (HFMD)


PENCEGAHAN DIRI DARIPADA HFMD
  1. Basuh tangan dengan kerap dan memastikan langkah-langkah kebersihan
  2. Elakkan pendedahan dari hidung, air liur, najis atau cecair badan orang yang dijangkiti
  3. Elakkan berkongsi peralatan peribadi
  4. Elakkan berhubung rapat seperti memeluk dan mencium

jika anda mempunyai sebarang kemusykilan produk shaklee boleh berhubung dan bertanya terus ke whatsap 0109555204. free konsultasi akan diberikan. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Friday 6 February 2015

TAHUKAH ANDA KEPENTINGAN KALSIUM KEPADA TUBUH KITA?

Assalammualaikum wbt..

Hai semua, hari ini zizie nak cerita pasal kepentingan kalsium dalam kehidupan seharian kita. Bagi zizie sendiri mesti terlintas difikiran tentang 'minum susu' bilamana bercakap tentang kalsium ni. Persoalan timbul, cukupkah bekalan kalsium untuk tubuh badan kita dengan hanya mengambil susu setiap? Bagaimana pulak dengan sesetengah orang yang tidak gemar mengambil susu oleh kerana rasa yang meloyakan anak tekak? Mari kita bongkar satu persatu tentang bertapa pentingnya kalsium ini.

APAKAH KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN KALSIUM?

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi. Sementara itu pengambilan kalsium yang belian juga boleh menyebabkan karang ginjal.


kekurangan kalsium punca gusi berdarah
 kekurangan kalsium punca gusi berdarah
Kalsium memainkan peranan penting dalam pementukan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk tulang dan pembentukan gigi. kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam pengucupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.

Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Lebih daripada 99 peratus kalsium badan disimpan dalam tulang dan gigi manakala baki 1 peratus didapati dalam darah, otot, dan cecair antara sel-sel. Kalsium hilang dari badan setiap hari melalui air kencing dan najis, dan jumlah surih hilang melalui peluh, kulit, rambut, dan kuku.

Kalsium yang hilang biasanya digantikan dengan kalsium daripada makanan. Jika diet tidak mengandungi kalsium yang mencukupi atau badan kita tidak dapat menyerap kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan @ supplement, badan akan bertindak mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang


kekurangan kalsium punca penyakit osteoporosis
kekurangan kalsium punca penyakit osteoporosis
 SUMBER-SUMBER UTAMA KALSIUM

SUMBER UTAMA KALSIUM
MAKANAN YANG KAYA SUMBER KALSIUM
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.

KESAN KEKURANGAN KALSIUM

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tahu yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya apabila seseorang tidak mendapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan di dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot. Perkara ini yang menyumbang kepada:
  •  Penyakit osteoperosis. 
  • Pembentukan struktur normal sel 
  • Sistem saraf 
  • Pembekuan dan tekanan darah

Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan sebanyak sekurang-kurangnya 600gram kalsium, kekurangan kalsium ini akan diambil dari tulang dan gigi kita. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin

SIMPTOM-SIMPTOM KEKURANGAN KALSIUM

» Kejang otot
» Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
» Wheezing (pernafasan seperti wisel)
» Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
» Keletihan
» Rambut kasar
» Kuku rapuh
» Kulit kering (Psoriasis)
» Tumit pecah dan kasar
» Eczema - penyakit kulit
» Sakit sendi


OsteMatrix™ Shaklee Kalsium Terbaik

Kenapa saya kata OsteMatrix™ Shaklee kalsium terbaik? Kerana ianya produk yang diyakini selamat dan berkesan. OsteMatrix™ bukan sekadar vitamin kalsium. OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.

VITAMIN KAYA KALSIUM


Sempena bulan promosi ni,jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki Ostematrix kalsium terbaik ini.. Beli 6 dapat 1 botol percuma bernilai RM61.. Sebotol hanya RM61 sahaja..

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Sunday 18 January 2015

JALAN-JALAN CARI MAKAN DI HUJUNG MINGGU-PART 1

Assalammualaikum w.b.t.
Hujung minggu adalah hari yang paling dinanti2. Sebabnya happy dapat cuti kan. Perasaan tidak pernah boring walaupun asyik buat benda yang sama. Jalan2 pusing window shopping dan lepas penat round2 baru cari makan. Okey jom layan gambar makan-makan kami ni. 





Okeyla setakat ni dulu share kita hari ni. Jumpa lagi..