Tuesday 12 August 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN PENYUSUAN SUSU IBU KEPADA IBU DAN BAYI

Para ibu digalakkan menyusui anak dengan susunya sendiri dari lahir hinggalah berumur enam bulan dan meneruskan niat dan usaha murni ini sehinggan umur anak mencapai dua tahun.Para ibu boleh memberi makanan pelengkap mulai umur anak 6 bulan keatas.

Penyusuan bayi merupakan pilihan terbaik dan teramat penting ke arah perkembangan dan tumbesaran bayi yang sihat. Susu ibu adalah bersih, seimbang & paling terbaik buat anak kita. Ia mengandungi semua khasiat terbaik yang diperlukan oleh bayi kita untuk hari-hari pertama selepas lahir.

Kelebihan susu ibu kepada IBU


1. Penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya melewatkan kedatangan haid dan ini boleh mengelakkan daripada mengandung, walau bagaimana pun ia bergantung pada tahap kesuburan & kestabilan hormon seseorang.

2. Membantu dalam mendapatkan berat badan ideal sekiranya ibu mengamalkan gaya hidup sihat dengan melakukan senaman. Penyusuan susu ibu membakar lebih daripada 600 kalori sehari yang bersamaan dengan melakukan senaman aerobik selama 2 jam setiap hari!!!

3. Ia bantu rahim ibu kembali ke saiz asalnya dengan lebih cepat & mengurangkan risiko pendarahan yang berlebihan. 

4. Ia mengurangkan risiko barah buah dada dan ovari. Kajian menunjukkan bahawa penyusuan badan yang melebihi tempoh satu tahun setengah atau dua tahun mampu mengurangkan risiko barah payudara. Yang menariknya, sumber juga mendapati bahawa risiko barah payudara turut menurun pada bayi perempuan yang disusui oleh ibunya.

5. Penyusuan susu ibu boleh dilakukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa dan yang lebih penting jauh lebih menjimatkan. 



Kelebihan susu ibu kepada bayi


1. Susu ibu mengandungi zat makanan dalam nisbah yang betul & isi kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang semakin membesar. 

2. Susu ibu, khasnya kolostrum, mengandungi bahan-bahan antibodi yang melindungi bayi daripada jangkitan kuman dan alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru. Pemberian susu ibu 1jam selepas bersalin sangat-sangat penting untuk mencegah bayi dari penyakit jaundis.

3. Susu ibu mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi. Kajian menunjukkan bayi yang menerima susu ibu mempunyai paru-paru yang kuat, & berkembang sangat baik berbanding dengan bayi yang menerima susu formula. Hasil ini juga tetap sama walaupun ibu mereka mempunyai sejarah penyakit asma.

4. Susu ibu mengandungi zat khusus untuk perkembangan otak. Penyusuan susu ibu secara esklusif  dalam tempoh paling minimum 3bulan mengalami perkembangan otak 30% di bahagian penting otak yang mengawal kemampuan bahasa, emosi & pemahaman.

5. Susu ibu mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain. Penyediaan dalam kaedah lain seperti tahap kebersihan & penjagaan botol susu & semase penyediaan. ia boleh terdedah kepada pencemaran yang turut menyumbang kepada masalah kesihatan bayi. 

6. Susu ibu boleh disediakan dengan mudah pada bila-bila masa, tiada masalah membancuh atau memanaskannya. 

7. Menyusukan bayi dengan susu ibu memberikan keselesaan dan ketenangan  emosi yang diperlukan oleh bayi. Saat menyusukan bayilah membuatkan hubungan ibu & anak lebih erat. Sekaligus mampu membuat bayi rasa tenteraman & selamat.

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berkaitan masalah penyusuan bolehlah merujuk saya. Jangan segan silu sms/whatsapp 010-9555204 atau email zihak87@yahoo.com.my.


Saya merupakan Pengedar Shaklee di kawasan Sabah& sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee. Saya menyediakan perkhidmatan COD di kawasan sekitar Kota Kinabalu, Likas,Sepangar,Telipok,Tuaran,Penampang,Petagas dan Putatan (atas persetujuan bersama).