Thursday 12 June 2014

KEPENTINGAN ASID FOLIK UNTUK IBU MENGANDUNG

Tahukah anda apakah itu Asid Folik? Selalunya Asid Folik diberikan kepada ibu-ibu mengandung yang mendaftar di klinik ibu dan anak klinik kerajaan.. Warna dia kuning dan kecil.. Tapi tahukah anda mengapa ibu mengandung dibekalkan dengan asid folik ini? Jom baca...

Asid Folik merupakan salah satu vitamin kumpulan B. Ia wujud secara semualajdi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan yis serta ekstrak daging lembu.

Mengapakah Asid Folik penting untuk ibu mengandung?

1) Asid folik menolong mencegah kecacatan tiub saraf seperti spina bifida. Spina bifida terjadi apabila pelindung yang menutupi korda spina bayi tidak menutup dengan sempurna. Ini boleh sebabkan kerosakan saraf kekal

vitamin ibu mengandung
gambar bayi menghidap SPINA BIPIDA
2) Otak dan sistem saraf bayi  sedang membentuk  dan berkembang pesat pada 12 minggu pertama dalam kandungan. Oleh sebab itu, mengambil asid folik seiap hari adalah sangat penting pada masa ini

3) Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, ibu boleh menghentikan asid folik. Namun begitu, jika ibu teruskan juga mengambil asid folik sepanjang kehamilan , ia tidak akan menjejaskan kesihatan ibu atau bayi.


Sumber dari babycenter.com.my

No comments:

Post a Comment