Sunday, 12 November 2017

Saturday, 4 November 2017

Tuesday, 24 October 2017

5 CARA PANTAS MERAHKAN BIBIR YANG GELAP SECARA SEMULAJADI

Hai korang, lamanya tak update blog. Hari ini aku nak bercakap pasal penjagaan bibir. Seperti yang kita tahu, bibir adalah salah satu anggota terpenting yang perlu kita jaga rapi. Rasa rendah diri dan malu lah kan bila jumpa orang dengan bibir yang gelap lagi kusam. 


PETUA MERAHKAN BIBIR YANG GELAP DAN KUSAM


Jadi dengan baik hatinya aku mau share jugak lah 5 cara Pantas memerahkan bibir yang gelap tu supaya merah menawan bak artis K Pop Korea idaman kalbu hahaha. Paling penting semua bahan  ni senang nak dapat kat rumah je.

1. HALIA
Ambil halia sebesar ibu jari, pastu hiris atau tumbuk lumat. pastu halia tadi tempek sapu kat bibir korang yang gelap. Jangan risau masa letak tu memang rasa pedas-pedas sayang gitu. Tahan okey, nak bibir merah cantik kena lah tahan dan sabar k.

2.MADU
Setiap malam cuba amal sapukan madu asli kat bibir. Madu bukan saja penawar kepada banyak masalah kesihatan malah dapat memerahkan bibir yang gelap secara semulajadi jika diamalkan.

3.KUNYIT
ambil kunyit sedikit dan tumbuk lumat. kemudian campurkan dengan sedikit susu krim. Sapu bibir korang dengan adunan ni setiap hari selama lebih kurang 5 ke 10 minit. Bonus amalkan petua ni akan buat bibir anda merah semulajadi,kenyal dan seksi gitu.

4.UBAT GIGI
sapukan bibir dengan sedikit ubat gigi dan kemudian gosok pelan2 dengan berus gigi korang. Scrubbing bibir ni bukan jak menanggalkan sel-sel kulit mati kat bibir korang tu malah akan buat bibir korang merah merekah dan lembut.

5.AIR BATU/AIS BATU
bengong kejap nak panggil air kah atau ais batu hahaha. okey, ambil beberapa ketul ais batu yang ada kat aisbox rumah korang tu. Pastu sapu2 kan kat bibir munggil korang. Ais batu ni bukan jak dapat melembabkan, melembutkan dan mencerahkan kulit malah dapat mengatasi masalah bibir pecah dan kering.

last but not least rajin2 kan lah diri minum air kosong (kena kat diri sendiri yang culas minum air) untuk hilangkan dehidarasi yang menyebabkan bibir kering. kurangkan juga penggunaan gincu bibir yang tinggi bahan kimia. sehingga bertemu di entri akan datang. muah muah muah..


Tuesday, 30 June 2015

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL MUBARAK

Salam sayang di kesempatan ini saya mengucapkan selamat menyambut bulan mulia Ramadhan Al Mubarak kepada semua muslimin dan Muslimat sedunia.. semoga Ramadhan kali ini memberi seribu makna dalam hidup kita amin ya rabbal alamain..

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA


SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA