Thursday 23 October 2014

CARA-CARA SOLAT SUNAT DHUHA

Assalammualaikum w.b.t.


Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkannya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama
Niat dalam hati"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿Baca Alfatihah hingga akhir
✿Baca Surah, pendek pun tidak apa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿Baca Alfatihah hingga akhir
✿Baca Surah, pendek pun tidak apa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha 

panduan solat sunat dhuha

Kelebihan Solat Dhuha 

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

Rasullullah S.A.W bersabda: "setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 


Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Wednesday 22 October 2014

PETUA HILANGKAN JERAWAT DENGAN MUDAH DAN BERKESAN

Assalammualaikum w.b.t.

Mesti ramai yang suka tajuk entri ni kan hehe. Ditumbuhi jerawat menjadi satu masalah yang menjengkelkan dan 'mengerikan' terutamanya bagi wanita yang menjaga penampilan. Bermacam cara dilakukan untuk menghilangkan 'malapetaka' ini. So disini zizie pun nak share dengan korang cara zizie nak hilangkan jerawat dengan mudah dan berkesan.

petua hilangkan jerawat
MASKER PUTIH TELUR
Time dulu suka sangat buat Masker dari Putih Telur ni mudah dan jimat kos. Tempekkan putih telur tersebut sampai kering. pastu bila sudah kering bilas dengan air suam. kalo nak jaga muka dari tumbuh jerawat, amal masker ni dua kali seminggu.

petua hilangkan jerawat
BEDAK SEJUK
Haa dulu suka gak tempek bedak sejuk ni kat muka, sejuk jak rasa. bedak sejuk ni bagus tau tuk elak jerawat naik. so rajin2kan la diri pakai bedak sejuk ni. teringat pulak dulu masa kecik2 suka kacau makcik punya bedak sejuk main hantu2 pocong ngan adik hehe.

petua hilangkan jerawat

Haa ni la masker favoret zizie sekarang. ESP + Vitamin C + Vitamin E Shaklee. Muka bukan jak tak senang tumbuh jerawat malahan dapat extra kulit muka putih, glowing, gebu dan bersih gitu. kulit muka terasa licin jak heheh. Parut2 lama pun da hilang dan berkurang. Tapi bila time malas zizie ambil jak sebiji vitamin C tu then tumbuk2 halus pastu campur air sikit then tempek kat tempat jerawat tu tumbuh. In Shaa Allah jerawat kecut dan segan nak tumbuh hehe.

Selamat mengamalkan petua hilangkan jerawat ni k..

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Monday 20 October 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSEDEKAH

Assalammualaikum w.b.t.

Di dalam Al Quran, Allah Swt. berfirman tentang kepentingan bersedekah dan berinfak di jalan-Nya. Hal ini diperjelaskan dan diperkuatkan lagi oleh junjungan besar kita Rasulullah saw melalui hadis-hadisnya di antaranya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari)

kelebihan bersedekah
kelebihan bersedekah
Sadaqah atau sedekah adalah berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud benar.Makna dari segi syara' pula "sedekah"adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
setiap amalan kebajikan adalah sedekah. dan sesungguhnya diantara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria ( senyum ) dan mengurangi isi baldimu untuk disikan ke mangkuk kawanmu.~~Hadis Riwayat : Imam Ahmad
senyum itu sedekah
senyum itu sedekah
Mulai hari ini ayuh sama-sama kita tanamkan sikap suka bersedekah tak kirala walaupun nilai sedekah kita itu kecil sahaja. Kalau kita rasa susah dan berat sangat, sedekahkan orang sekeliling kita dengan senyuman dan sedekahkan AL-Fatihah untuk ibu bapa dan keluarga kita. Percaya atau tidak, sedekah tidak akan pernah mengurangi harta kita walau sedikitpun. Bersedekahlah lahir dari hati yang ikhlas dan setulusnya kerana Lillahi Ta'Ala..

Antara kelebihan bersedekah ialah;
- Menyucikan harta
- Membuat hati berasa tenang
- Murah rezeki
- Dapat membantu umat islam dan orang yang memerlukan
- Membuang rasa bongkak dan sombong
- Mendidik hati
- Mendidik hati agar selalu rasa rendah diri

Semoga amalan sedekah kita diterima disisi Allah dan InsyaAllah di murah rezeki, amin ya rabbal alamin :)

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Wednesday 15 October 2014

TIPS DAN CARA TURUNKAN KADAR KOLESTEROL DALAM BADAN

Kolesterol merupakan bahan lemak yang terdapat dalam saluran darah dan kesemua sel-sel badan. Ia merupakan kompenen tubuh yang penting pembentukan sel membran, hormon, hempedu dan tisu-tisu lain dalam tubuh. Tidak dapat dinafikan Kolesterol berperanan sangat tinggi untuk kesihatan terutamanya untuk membantu proses pembentukan dinding sel dan bermanfaat bagi pembentukan hormon pada tubuh. Namun sebaliknya pulak berlaku apabila kadar kolesterol yang diperlukan melebihi keperluan tubuh yang boleh mengundang penyakit yang berbahaya seperti serangan strok dan jantung.

Tahukah anda lebih 6 juta rakyat Malaysia menghadapi masalah koletsrol yang tinggi? Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolestrol yang tinggi.

Bagaimana kolesterol boleh menyebabkan penyakit jantung?



SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
Terdapat 2 jenis kolestrol utama dalam darah kita;
1) LDL ( Lipoprotein ketumpatan rendah)
LDL dikenali sebagai kolestrol jahat kerana paras kolestrol LDL yang terlalu tinggi dalam darah boleh membentuk sejenis bahan melekit ( plak) dalm saluran darah. Plak inilah yang akan menyumbatkan saluran darah dan menyekat aliran darah, seperti yang berlaku semasa serangan jantung atau angin ahmar 

KOLESTEROL BAIK DAN KOLESTEROL JAHAT
KOLESTEROL BAIK DAN KOLESTEROL JAHAT
2) HDL ( Lipoprotein ketumpatan tinggi)
HDL pula dikenali sebagai kolestrol baik kerana ia membantu mengangkut kolestrol dari salur darah balik ke hati untuk disingkirkan. Dalam erti kata lain, HDL berperanan membersihkan saluran darah


Apakah penyebab utama kolesterol yang tinggi?

Makanan Malaysia yang tinggi lemak serta tinggi kalori adalah di antara punca terjadinya masalah tinggi kolestrol. Persatuan jantung Amerika mengesyorkan pengambilan kolestrol tidak melebihi 300mg sehari. Bagi mereka yang menghidap penyakit jantung hendaklah menghadkan pengambilan kolestrol kurang daripada 200mg sehari.


TIPS DAN CARA MENURUNKAN KADAR KOLESTEROL

1. RAJIN MEMBUAT SENAMAN 
~Senaman yang dimaksudkan tak kirala cara berjogging, menari, berzumba atau apa2 aktiviti yang boleh menyebabkan badan berpeluh. senaman ini penting untuk menurunkan kolesterol, ia dapat mengurangi kolesterol jahat trigliserida. Senaman yang rutin minimal paling cepat 30 minit sehari dapat membantu membakar lemak dan kalori dalam badan.

2.MENGURANGKAN PENGAMBILAN KARBOHIDRAT
~Mengurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan yang kaya lemak merupakan salah satu cara menurukan kadar kolesterol.

3. MENGGUNAKAN LEMAK TAK TEPU
~Tubuh badan hanya memerlukan lebih kurang 25% sehingga 35% dalam pola makanan seharian. lemak tak tepu ini bermanfaat untuk menurunkan kadar kolesterol jahat atau LDL dan meningkatkan kadar kolesterol baik atau HDL yang banyak ditemui dalam minyak zaitun.

4. BERHENTI MEROKOK
~kandungan rokok iaitu tembakau memberi kesan buruk kepada kesihatan. hal ini kerana tembakau dapat meningkatkan tekanan darah dan dengupan jantung.

tips turunkan kolesterol
Tak Nak Merokok
5. HINDARI STRESS
~Masalah stress juga boleh meningkatkan tekanan darah semakin tinggi sehingga menambah risiko aterosklerosis yang terjadi ketika plak kolesterol berkumpul di dalam pembuluh darah atau arteri.

tips turunkan kolesterol

6. BANYAKKAN MINUM AIR, KURANGKAN MINUMAN BERAIS, BERGAS DAN MANIS

7.TURUNKAN BERAT BADAN. 
~Bila anda berniat atau berusaha untuk turunkan berat badan, secara tidak langsung anda juga berusaha untuk mengawal pemakanan anda. Ini sangat baik bagi memastikan anda mengambil makanan yang seimbang dalam diet seharian anda

8.Institut Kesihatan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan FITOSTEROLl ke dalam diet seharian anda bagi menurunkan paras kolestrol secara semulajadi

Sekiranya anda mencari Fitosterol semulajadi saya cadangkan anda mengambilPhytoCol-St Shaklee dan ditambah dengan Omega Guard agar kolesterol yang tubuh anda tidak diperlukan akan dibakar dan dbawa keluar dari tubuh


TIPS TURUNKAN KOLESTEROL
Vitamin yang sangat sesuai diambil bagi membantu menurunkan kadar kolestrol

Jika anda berminat dengan cadangan vitamin ini, jangan segan silu untuk menghubungi saya..

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini



DI MANA SAYA SUKA BAWA ANAK HABISKAN MASA

Assalammualaikum w.b.t.

Salam sayang uoolss semua..ari ni mak zizie nak share ngan korang semua destinasi pujaan hati zizie tuk bawa my  mimin little sweetie pie. Kalo korang nak tau mimin zizie ni umur dia baru masuk tiga tahun 4 november ni.. yang lucunya mimin ni dari umur 2 tahun lagi da pandai nak minta bawa jalan2 hehe. Centre Point adalah destinasi wajib dia hehe (siap nangis guling2 pukul ibu n baba kalo x dapat jalan CP tiap hujung minggu)..ha ni adalah antara aktiviti kegemarannya kat CP.. 

agen shaklee kota kinabalu
Akriviti 1 : naik kereta atau kuda tunggang tingkat 4 CP
agen shaklee kota kinabalu
Aktiviti 2 : makan KFC huhu
agen shaklee kota kinabalu
Aktiviti 3: makan aiskrim
agen shaklee kota kinabalu
Mimin wit papa selfie hehe

Sekali sekala bawa gak mimin ke Taman permainan Teluk Likas tu ngan Perdana Park..


Ok la kalo nak cerita pasal tempat kegemaran mimin ni alamatnya panjang lagi la ni entri hehe..boring pulak pengunjung nanti ye dak haha..ok bye wassalam..lupa iklan hehe 

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Thursday 9 October 2014

KENAPA SAYA SUKA ESP SHAKLEE

Assalammualaikum w.b.t.

Hai dan salam sayang uoolss. Apa khabar? Diharap semuanya sihat2 belaka. Harini tajuk cabaran entri iyalah Kenapa Saya Suka ESP SHAKLEE. Ok first, sapa2 yang mengikuti blog, fb dan instagram zizie akan tau zizie adalah pengamal setia ESP shaklee hehe. Tajuk ni pun teramat la bersesuaian sempena bulan promosi buy 6 free 1 ESP ni..

Promosi Buy 6 free 1
Ok mungkin ada dikalangan korang yang mengikuti perkembangan dan perjalanan zizie dengan ESP ni tau kenapa zizie 'teruja' dengan produk ni. Kepada korang yang tak tau mari zizie bagitau korang hehe. ESP adalah salah satu produk yang sangat berjasa tuk menyelesaikan gastrik zizie 13 tahun yang lalu. Sejak ambil ESP gastrik da tak sering dan jarang menyerangku lagi (alhamdulillah). Kalo dulu terpaksa bergantung dengan ubat susu putih (magnesium) dan pil ranbaxy atau ranitidine. Sekarang asal rasa tak selesa terus bancuh ESP jak and rasa sakit tu tak akan menyerang da hehe..

resepi esp shaklee
Resepi kegemaran ESP + MILO
Selain tu, kesan yang zizie alami sendiri bila ambil ESP ni badan terasa bertenaga pastu yang paling siok perut pun tak rasa lapar kenyang jak memanjang hihi. Kulit muka halus, bersih dan gebu jak terasa. Parut2 pun dan berkurang. Tona kulit sekata jak berbanding dulu yang kelihatan x sekata dan berjeragat.

Berminat mau mencuba ESP? Boleh sangat-sangat2 dan sangat dialu-alukan Hihi.. Kebetulan PROMOSI produk Shaklee bulan ni adalah ESP, so sangat-sangat banyak penjimatan jika anda beli ESP sekarang..

Jangan tunggu lagi Jom! Hubungi saya terus jika ingin mendapatkan HARGA ISTIMEWA ya!

Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah, Sarawak serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee.

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya :)

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : zihak87@yahoo.com.my
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Wednesday 8 October 2014

TIPS TURUNKAN BERAT BADAN

Assalammualaikum w.b.t.

Hi pembaca blogku semua.. Terima kasih kerana datang berkunjung dan membaca hehe..hari ni masuk hari ke lapan cabaran post 30 entri tuk bulan ni.. tajuk yang diberi adalah Tips Menurunkan berat badan. 

TIPS ATAU CARA MUNURUNKAN BERAT BADAN

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.



katakan tidak kepada minuman bergas
5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet



tips turunkan berat badan
elakkan daripada menimbang berat selalu..
15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



Tuesday 7 October 2014

SAYA SUKA SELFIE

Assalammualaikum w.b.t.
Sapa sini suka berselfie?? angkat tangan hehe (soalan bonus).. zaman sekarang selfie ni boleh dikatakan hampir menjadi trend dan kegilaan terutama golongan remaja,apa taknya ada yang sampai panjat bangunan tinggi yang berbahaya semata2 untuk mendapatkan pose gambar yang kunun2nya dianggap 'hebat'.. zizie pun sebenarnya tak ketinggalan suka berselfie hehe (bukan penselfie yang fanatik/penselfie yang muka ala2 perasan jak hehe).. Dan walaupun ada pakar mengatakan berselfie ni adalah perbuatan yang tak normal dan gila bagi orang normal macam kita ni hehe (ada kami kisah kan๐Ÿ˜œ๐Ÿ˜œ)
Ok jom layan dulu gambar selfie kami anak beranak hehe (first time ni iklan gambar sendiri kat blog hehe/muka mahal ni hehe)
with my lovely husband
Me & My Lovely Husband๐Ÿ’˜
my lovely son
My sweetie pie Mimin ibu
mimin n ibu
Mimin with Ibu
mimin n babah
Mimin n babah
Bermonopod kami๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Guess who is this๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜
COD area kota kinabalu sabah
Mimin n dad again COD vitamin
Mimin n ummi
Mimin n d gengz
Mimin with atai n inah
Mimin with his sepupu

Da sudah Sekian bebelan dari saya hehe...

Pengedar shaklee anda zizie salim SID1082016 sms/whatsap me 0109555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan produk shaklee..free konsultasi k jangan takut zizie tak makan orang hehe๐Ÿ’—