Thursday 17 July 2014

PESAWAT MALAYSIA AIRLINES MH017 TERHEMPAS DI UKRAINE

Assalamualaikum...hari ni kita digemparkan lagi dengan berita MH017 yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia...Takziah buat keluarga penumpang MH17… berita ini sebenarnya cukup mengejutkan kita semua,mana taknya berita pasal MH370 pun masih belum selesai...Subhanallah… Bagaikan tak percaya berita pasal MH17 yang dikatakan ditembak jatuh di ruang udara Ukraine dengan menggunakan peluru berpandu Buk, sejenis peluru berpandu darat ke udara oleh pengganas. Sejauh mana kebenarannya… Sama-samalah kita ikuti perkembangan beritanya di TV.

Antara koleksi gambar kemalangan MH017


















Lokasi Di percayai  Pesawat MAS Airline MH017 Terhempas


Wednesday 2 July 2014

KEPENTINGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN ATAU VITAMIN KEPADA TUBUH BADAN KITA

Salam sayang kepada semua pembaca...hari ni zizie akan share ngan korang bertapa pentingnya pengambilan vitamin atau suplemen dalam kehidupan seharian kita...Amalan gaya hidup dan corak pengambilan makanan seharian kita yang tidak menentu adalah antara sebab yang memastikan kita untuk mengambil suplemen atau vitamin ini dalam list keperluan seharian kita....
corak pemakanan yang tidak sihat
corak pemakanan yang tidak sihat
Perlukah kita mengambil suplemen setiap hari? Ini adalah antara persoalan atau pertanyaan yang sering timbul dalam benak fikiran kita...masalah kesihatan seperti senarai di bawah ni, adalah berpunca daripada kekurangan pengambilan nutrisi vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan kita setiap hari...

1. Letih
2. Lesu
3. Penat yang terlampau walaupun tak buat apa-apa kerja
4. Kerap mengantuk
5. Masalah penghadaman
6. Keguguran rambut
7. Kulit bermasalah
8. Stress dan banyak lagi masalah kesihatan lain yang biasa kite alami.

kepentingan pengambilan suplemen atau vitamin
kepentingan pengambilan suplemen atau vitamin


7 sebab kenapa kita perlu pengambilan makanan tambahan atau suplemen setiap hari?

1.  Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien, dengan ini ia melengkapkan dos vitamin yang diperlukan dalam seharian.

Dalam keadaan tertentu, tubuh kita memerlukan jumlah vitamin yang lebih tinggi dari pengambilan makanan kita seharian. Contohnya kuantiti vitamin E dan Vitamin C yang kita perolehi dari makanan semata-mata tidak mencukupi untuk membantu tubuh kita terhadap penyakit dan melindungi sistem imun juga anti-penuaan.

2.  Kebanyakan buahan dan sayuran mungkin terjejas atau tercemar kerana disembur racun perosak.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam kebanyakkannya telah disembur dengan racun perosak yang menjejaskan kualitinya. Buah dan sayuran juga ditanam di tanah yang tidak subur dan mengandungi bahan galian yang kurang berbanding buah dan sayur yang ditanam secara organik. Ini akan mempengaruhi kualiti dan zat yang ada didalam buah-buahan dan sayuran tersebut. Malah, terdapat juga buah dan sayur yang telah di 'wax' untuk memastikan ianya tahan lama!
Note : Hati-hati kalau makan buah-buahan..sebaik-baiknye dikupas kulit, nak tau samada ada lilin atau tidak pada permukaan kulit buah, kikis lah dengan pisau.

3.  Kehilangan zat nutrien dalam makanan

Zat dan vitamin yang ada dalam makanan kita mudah hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan dan penyediaan. Ini akan mengurangkan khasiat yang terdapat didalam makanan tersebut. Sebagai contoh, Vitamin C dan enzim mudah dimusnahkan oleh haba ketika proses memasak makanan berlaku. 

4. Pengambilan ubat-ubatan menggangu penyerapan zat makanan

Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol dan antibiotik mengganggu proses penyerapan zat makanan.

5. Makanan seharian yang tidak seimbang.  

Kebanyakkan rakyat Malaysia makan mengikut rasa. Pengambilan makanan yang tidak sihat menyebabkan tubuh tidak menerima dos nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Amalan diet yang tinggi lemak, kafien, gula dan garam  menyebabkan simpanan zat didalam tubuh badan semakin berkurangan.

6. Gaya hidup tidak sihat

Keperluan nutrisi didalam tubuh juga tidak dapat dipenuhi akibat gaya hidup yang tidak sihat. Mereka yang berkerjaya lebih menggemari makanan segera akibat kesuntukan masa. Kebanyakan warga kota juga lebih gemar membeli makanan diluar rumah yang tidak diketahui kebersihan dan kualiti makanannya. Amalan merokok dan mengambil minuman beralkohol juga menyebabkan nutrisi didalam badan berkurangan.

7. Pencemaran alam sekitar

Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar. Contoh kesan utama pencemaran udara adalah ke atas kesihatan manusia. Manusia akan menghidap pelbagai penyakit, khususnya respirasi akibat menghidu udara yang tercemar.  

8. Pencegahan dari awal

Pengambilan suplemen dapat membantu mencegah tubuh kita dari pelbagai penyakit kritikal. Tindakan ini adalah sangat wajar bagi kita untuk menghindari penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser, diabetis, arthritis dan sebagainya.

Semoga kita akan mendapat info yang bermanfaat dari entri kali ini...Apa yang perlu kita fahami suplemen atau vitamin ni bukanlah makanan pengganti kepada makanan seharian kita dan suplemen ini juga tidak diciptakan untuk mengubati, merawat atau membuat diagnosis terhadap sebarang penyakit...Tetapi ia adalah makanan tambahan bagi menampung kekurangan nutrisi disebabkan oleh perkara-perkara yang telah zizi terangkan sebentar tadi...so, pangkal pokoknya kalau kita ambil suplemen ni kita perlu seimbangkan diet seharian kita dan kita tak boleh bergantung harap 100% kepada pengambilan suplemen ni...