Monday 20 October 2014

KELEBIHAN DAN KEBAIKAN BERSEDEKAH

Assalammualaikum w.b.t.

Di dalam Al Quran, Allah Swt. berfirman tentang kepentingan bersedekah dan berinfak di jalan-Nya. Hal ini diperjelaskan dan diperkuatkan lagi oleh junjungan besar kita Rasulullah saw melalui hadis-hadisnya di antaranya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap sendi manusia perlu bersedekah, setiap hari matahari terbit ada orang mengadili dua orang adalah sedekah. Membantu orang dengan mengangkat barang ke atas binatang tunggangan adalah sedekah. Satu kalimah yang baik adalah sedekah. Setiap langkah untuk mengerjakan solat adalah sedekah dan membuang sesuatu berbahaya di jalanan adalah sedekah. (Hadis Riwayat Bukhari)

kelebihan bersedekah
kelebihan bersedekah
Sadaqah atau sedekah adalah berasal daripada perkataan Bahasa Arab yang bermaksud benar.Makna dari segi syara' pula "sedekah"adalah pemberian sesuatu kepada orang yang memerlukan dengan tujuan mahu mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Jadi apabila merujuk keimanan mahupun keyakinan janji kepada Allah S.W.T., sudah tentu di sana perlu kepada pembuktian iaitu menginfakkan harta di jalan Allah S.W.T. Baik pemberian itu ditujukan kepada fakir miskin, kerabat keluarga, maupun untuk kepentingan jihad fi sabilillah.
setiap amalan kebajikan adalah sedekah. dan sesungguhnya diantara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria ( senyum ) dan mengurangi isi baldimu untuk disikan ke mangkuk kawanmu.~~Hadis Riwayat : Imam Ahmad
senyum itu sedekah
senyum itu sedekah
Mulai hari ini ayuh sama-sama kita tanamkan sikap suka bersedekah tak kirala walaupun nilai sedekah kita itu kecil sahaja. Kalau kita rasa susah dan berat sangat, sedekahkan orang sekeliling kita dengan senyuman dan sedekahkan AL-Fatihah untuk ibu bapa dan keluarga kita. Percaya atau tidak, sedekah tidak akan pernah mengurangi harta kita walau sedikitpun. Bersedekahlah lahir dari hati yang ikhlas dan setulusnya kerana Lillahi Ta'Ala..

Antara kelebihan bersedekah ialah;
- Menyucikan harta
- Membuat hati berasa tenang
- Murah rezeki
- Dapat membantu umat islam dan orang yang memerlukan
- Membuang rasa bongkak dan sombong
- Mendidik hati
- Mendidik hati agar selalu rasa rendah diri

Semoga amalan sedekah kita diterima disisi Allah dan InsyaAllah di murah rezeki, amin ya rabbal alamin :)

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

No comments:

Post a Comment