Wednesday 17 December 2014

SINOPSIS FILEM MUNNA BHAI M.B.B.S.

Salam sayang tuk pembaca blogku semua.. malam ni lewat tido bab tertengok cerita hindustan di tv2 tadi.. First time tengok cerita Munna Bhai M.B.B.S. pecah perut ketawa di buatnya.. Filem yang penuh pengajaran sebenarnya..

munna bhai MBBS
Munna Bhai MBBS
SINOPSIS MUNNA BHAI MBBS

Filem komedi Bollywood ini menceritakan tentang Murli Prasad Sharma alias Munna (Sanjay Dutt) yang berlakon sebagai samseng besar yang ditakuti di Mumbai dan hampir semua orang bekerja dengannya. Namun orang tua Munna tidak tahu anak lelaki mereka adalah seorang penjahat dan ketua samseng kerana Munna mengaku adalah seorang doktor yang mempunya rumah sakit pada mereka. Sehingga pada suatu hari masalah besar timbul lantaran ayahnya, Shri Hari Prasad Sharma (Sunil Dutt) ingin Munna mendirikan rumahtangga dengan anak perempuan sahabatnya bernama Chinki (Gracy Singh) yang juga adalah seorang doktor. Masalah timbul bilamana ayah Chinki, Dr. Ashtana (Bomen Irani) yang juga seorang doktor, tahu bahwa Munna bukanlah doktor melainkan seorang penjahat dan membongkar semuanya pada ayah-ibu Munna. Ayah Munna yang sangat malu dan kecewa sampai tidak mau mengaku munna sebagai anaknya lagi..
Terpukul atas sikap ayahnya, Munna pun bertekad menunjukkan kepada ayahnya bahawa dirinya boleh menjadi seorang doktor.
Untuk itu, Munna lalu sengaja masuk ke sekolah kedoktoran yang diasas ayah Chinki. Niatnya tidak hanya untuk belajar menjadi seorang doktor, melainkan juga ingin membuat kekesalan sikap Dr. Ashtana. Di kolej Dr. Ashtana berusaha keras membuat Munna supaya tidak boleh belajar menjadi doktor. Sedangkan dalam masa lain, Munna juga berusaha memenangkan hati Chinki agar mau menjadi istrinya. 

munna bhai mbbs
GAMBAR PETIKAN FILEM MUNNA BHAI MBBS
Berhasilkah Munna melaksanakan niatnya menjadi seorang doktor itu ? Akankah Chinki akhirnya berjaya disunting Munna ? Jangan lupa tonton ok cerita penuhnya..ok bye dan sekian :)

No comments:

Post a Comment