Tuesday 23 December 2014

HUKUM PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PANDANGAN ISLAM

Assalammualaikum w.b.t.

Tidak dapat dinafikan banyak kajian terbukti tentang kelebihan susu ibu atau susu badan sebagai makanan terbaik untuk bayi. Malahan susu ibu baik untuk menguatkan daya imun bayi terhadap sebarang penyakit. 

Dari sudut pandangan agama, Islam tidak mengharamkan amalan penyusuan. Malahan Islam memperakuinya kerana melalui penyusuan susu ibu dapat menghalang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang kuat. Berikut adalah contoh soalan yang sering ditimbulkan dalam hukum penyusuan ini..

hukum memberi susu ibu menurut islam
Hukum memberi susu ibu menurut islam
Soalan
1) apakah syarat menjadi ibu susuan
Jawapan
- syarat untuk menentukan anak itu sebagai anak susuan adalah anak tersebut menyusu sekurang-kurangnya 5 kali kenyang dan umurnya tidak melebihi 2 tahun.

Soalan
2) Adakah hukum akan berbeza sekiranya susu ibu diberi secara terus menyusu badan atau dipam simpan didalam botol/disejukkan dan diberikan kepada bayi tersebut?
Jawapan
- Susu ibu boleh diberikan secara terus atau dipam dan disimpan. Kemudian susu tersebut diberikan kepada bayi tersebut.

Soalan
3) Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?
Jawapan
- Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik-beradik sampai bila2. Mereka haram dan tidak boleh berkahwin sampai bila2.

Sumber: Panel kemusykilan Agama. JAKIM.

No comments:

Post a Comment