Tuesday 18 November 2014

APA ITU SENGGUGUT?

Assalammualaikum w.b.t.

Senggugut adalah antara satu pemasalahan yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita yang didatangi haid. Masalah senggugut ini merujuk kepada kesakitan yang dialami dibahagian bawah perut atau pelvis semasa didatangi haid. Pelvis adalah tempat dimana terletaknya rahim, ovari, saluran folopia dan pundi kencing.

Dalam bahasa inggeris senggugut dikenali sebagai 'dsymenorrhoea' . Terdapat dua jenis senggugut iaitu senggugut prime dan senggugut sekunder.


masalah sengugut
Derita Sakit Senggugut
Senggugut primer adalah senggugut yang biasa dialami oleh remaja perempuan yang tidak mempunyai sejarah patologi di pelvis dan rahim. Manakala Senggugut sekunder adalah senggugut yang dialami oleh wanita disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Tanda-tanda Senggugut 
  1. Sakit di bahagian bawah perut yang boleh merebak ke belakang dan peha. 
  2. Haid yang tidak tetap
  3. Kesakitan antara haid
  4. Pendarahan yang bertambah banyak
  5. Lelehan dari faraj
  6. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  7.  Loya dan muntah, cirit-birit
Rawatan

1) Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

2) Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

3) Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk bagi mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.Kegunaan lainnya adalah sebagai ubat pencegah kehamilan.

4) Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

5) Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

Anda juga boleh mengambil GLA COMPLEX dan OSTEMATRIX bagi melegakan kesakitan akibat senggugut ini.

masalah sengugut
Vitamin yang membantu melegakan kesakitan senggugut
Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

sumber : Myhealth

No comments:

Post a Comment