Thursday 23 October 2014

CARA-CARA SOLAT SUNAT DHUHA

Assalammualaikum w.b.t.


Solat Dhuha merupakan amalan sunat yang di galakkan kita amalkannya. Ia dikatakan sebagai "pembuka rezeki" sebagaimana yang di nyatakan dalam hadis Rasulullah tercinta kita SAW.  Solat ini boleh dilakukan 2, 4, 6, hingga 12 rakaat. 

Cara Ringkas Solat @ Sembahyang Sunat Dhuha : 
Rakaat : 2,4,6 hingga 12
Waktu : 10 pagi atau antara 7am - 1pm sebelum waktu Zohor. 
"Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab Al-Majmu;' karangan Imam Nawawi).

1. Rakaat Pertama
Niat dalam hati"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
✿Baca Alfatihah hingga akhir
✿Baca Surah, pendek pun tidak apa. (paling elok surah As-Syams )

2. Rakaat Kedua  
✿Baca Alfatihah hingga akhir
✿Baca Surah, pendek pun tidak apa. (paling afdhal surah Addhuha)
✿  Tahiyyat akhir & Beri Salam.. 

3. Doa  
✿Mohon Allah murahkan rezeki kita..berkati kerja kita.
✿Doa apa sahaja..mengadulah pada Allah..
✿Paling mantap guna Doa ini khas untuk waktu Dhuha 

panduan solat sunat dhuha

Kelebihan Solat Dhuha 

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:
” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)

Rasullullah S.A.W bersabda: "setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” 


Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

No comments:

Post a Comment