Thursday 4 September 2014

10 CARA MUDAH CEPAT SEMBUH DARIPADA DEMAM

Berikut ada beberapa cara mudah untuk segera baik dari demam.


1. Minum air dengan banyak.
Minum air yang banyak boleh mengelakkan tekak kita jadi kering dan sakit. Selain ia elakkan hidrasi pada badan, air boleh buang toksin dalam badan. Badan pun lagi mudah lawan penyakit bila toksin dah buang. Aliran perkumuhan dalam badan jadi lebih lancar..


CARA MUDAH CEPAT SEMBUH DARIPADA DEMAM

2. Elak dari minum kopi

Kopi memang sedap di minum, tetapi ia tidak digalakkan minum bila kita demam. Kenapa? sebab kandungannya boleh menyebabkan badan terdehidrasi / hilang air. Orang demam perlukan air dalam badan dengan banyak.



3. Wap Air dan Mandi Air Panas
Mandi air panas dipercayai boleh membantu hilangkan demam. Cara lain adalah dengan menggunakan wap air yang dimasukkan dalam besen, dan hidu wap panas itu. Ia boleh hilangkan hidung tersumbat. Dengan suhu tinggi itu, dipercayai ia boleh membantu mematikan virus melalui saluran pernafasan.



4. Sup Panas
Dari sumber orang barat, sup panas adalah salah satu cara tradisional untuk membantu baik dari demam. Selain ia mempunyai kandungan air yang tinggi untuk elak hidrasi, ia boleh membantu mengurangkan jangkitan virus melalui wap panas. Ada juga pendapat menyatakan bahawa ia juga boleh mengatasi masalah pernafasan ketika demam.



5. Gunakan wap humidifier
Humidifier bagus untuk tambah wap dalam udara. Rongga pernafasan pun akan bertambah lancar apabila guna humidifier, dan melegakan hidung tersumbat. Perlu diingat, penggunaan humidifier pun kena dipantau supaya tiada kulat disebar bersama wap.



6. Rehat
Orang demam perlukan lebih rehat. Kena rehat, rehat dan rehat. Badan yang cukup rehat boleh lawan virus dalam badan dengan lebih berkesan dan cekap. Sekiranya demam, anda disaran duduk rumah dan matikan telefon bimbit. Cubalah untuk rehatkan mental dan fizikal.



7. Kumur-kumur dengan air garam.
Sakit tekak akan menyebabkan demam semakin teruk. Kumur dengan air garam dipercayai boleh membantu mengurangkan sakit tekak. Larutkan setengah sudu garam ke dalam segelas air dan kumur sebanyak 5-6 kali.



8. Jangan merokok
Merokok akan menyebabkan demam bertambah teruk. Simptom demam seperti sakit tekak dan sakit kepala akan lebih memudaratkan jika merokok. Cuba jauhkan diri juga dari perokok kerana ia mungkin menyebabkan kesan yang lebih teruk dari merokok.



9. Kawal pemakanan
Makan makanan yang mengandungi vitamin C seperti sayur dan buah-buahan boleh membantu badan melawan virus punca demam. Vitamin C boleh menguatkan daya tahan badan kepada penyakit. Ia juga membantu sel darah putih untuk menentang virus. Contoh makanan adalah:

  • Bawang putih
  • Madu
  • Peppermint
  • Oren, Lemon, Anggur, Parsli, Kobis Bunga
  • Makanan yang mengandungi mineral Zink


10. Elakkan dari senaman
Anda di galakkan berehat dari aktiviti senaman supaya badan dapat menyimpan tenaga melawan virus dalam badan




Tips cepat baik demam dari Shaklee

SHAKLEE KOTA KINABALU

Bancuhkan 1 sachet Nutriferon Shaklee ke dalam segelas air suam dan minum sekali sehari.


Nutriferon membantu menguatkan sistem imun dan mempercepatkan baik demam. Bahan kandungannya diperbuatkan dengan bahan semulajadi dan selamat diminum.



TESTIMONI :
Baby cepat baik demam jika ibu yang menyusukannya makan Nutriferon




No comments:

Post a Comment