Assalammualaikum w.b.t.
Mengekalkan berat badan yang ideal atau mantain bukan sesuatu perkara yang mudah dan senang. Ia memerlukan disiplin, keazaman yang jitu dan penjagaan yang rapi.
Jom teruskan membaca perkongsian tips-tips menarik yang boleh dan diharap dapat membantu korang dan zizie sendiri dalam mengawal berat badan.
Rahsia Kekalkan Berat Badan yang ideal
1. Kurangkan pengambilan kuantiti gula
~Jika korang peminat makanan manis, nampaknya korang harus sedia berkorban untuk berubah. Korang terpaksa mengelakkan pengambilan pemanis mulut selain daripada buah-buahan selepas makan sebab gula hanya menambah kalori dalam tubuh badan korang sahaja.
kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman |
2. Berhenti makan sebelum kenyang
~setiap kali bila korang berdepan dengan makanan yang sedap dan menyelerakan, cuba setkan dalam minda dan kepala otak untuk makan mengikut keperluan dan bukannya berhabis mengikut kehendak semata-mata. Amalkan mengunyah makanan pelahan-lahan, berjuang untuk kawal selera makan dan berhenti sebelum kenyang.
3.Kurangkan pengambilan Kuantiti makanan berkarbohidrat
~Korang mesti mengurangkan kuantiti pengambilan makanan karbohidrat tinggi seperti nasi putih, lebihkan pengambilan sayuran dan buahan serta makanan protein tinggi seperti daging,ayam dan ikan dalam menu seharian. Pengambilan makanan berprotein tinggi dan berserat mampu memberi korang rasa kenyang yang lama.
4. Kawal diri dengan bijak
~Cuba belajar mengawal diri korang bila berdepan dengan makanan yang banyak terutama dalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebaiknya cuba makan sedikit dari rumah terlebih dahulu supaya nanti tidak kelaparan semasa didalam majlis dan menyebabkan mengambil makanan secara berlebihan nanti.
5. Tinggalkan atau kurangkan pengambilan makanan ringan
~tinggalkan atau kurangkan pengambilan makanan ringan seperti kentang goreng, burger, pizza dan semua makanan bergoreng yang sarat dengan lemak dan kalori.
6. Minum banyak air
~Air adalah yang alat terbaik apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan. Jadi menjaga diri daripada terhidrat dengan minum air yang banyak.
7. Jangan menahan lapar terlalu lama
~Jika korang jenis yang suka berlapar dalam tempoh yang panjang ( selain berpuasa ), ia akan memberi impak yang buruk iaitu korang akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak. Jadi makan pada masa yang betul dan dalam bahagian yang sesuai.
Rajinlah bersenam kalo nak badan cantik |
8. Bersenam
~Jika korang sedang cuba mengurangkan berat badan, korang mesti membuat senaman aktif. Ini akan meningkatkan metabolisma badan dan membantu korang menurunkan atau mengekalkan berat badan.
okey cukup setakat 8 tips mudah mengekalkan berat badan korang untuk hari ini, nanti kalo banyak2 pun susah nak ikut. Apa yang penting korang mesti bersabar dan berterusan untuk patuh tips ni jika nak kekalkan berat badan yang POWER... Selamat Beramal....
Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami..
Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe sila klik LIKE utk info terkini
No comments:
Post a Comment