Monday, 24 November 2014

TIPS MENANGANI MASALAH ANAK NAKAL

Assalammualaikum w.b.t.

Anak adalah merupakan amanah dan anugerah yang terindah yang Allah s.w.t. berikan kepada setiap pasang ibubapa. Anak2 ini ibarat kain putih yang bersih daripada segala kotoran. Justeru itu kita sebagai ibubapa la yang bertanggungjawab mencorak,mengajar dan membentuk anak2 ini. Disini zizie nak share serba sedikit tips dan info bermanfaat yang boleh kita amalkan dalam membentuk tatasusila permata berharga ini.

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan dekat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyakkan bersabar..sebagai ibubapa kita hadus banyak bersabar,kawal diri daripada memukul,menghina atau menjerit kat anak..cuba slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah minta dilembutkan hatinya 

3. bangun pagi..peluk anak sebanyak 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati 
(bergantung pd niat kita utk si anak) 

4. baca al-fatihah,baca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x 
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU 
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo 
anak masih menyusu..hembuskan pd susu. 

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. 

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran. 

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” 

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku. 

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

No comments:

Post a Comment