Monday, 10 November 2014

6 TIPS HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD DI KULIT MUKA

Assalammualaikum w.b.t.

Memiliki wajah yang dipenuhi blackhead (bintik hitam) dan whitehead (bintik putih) di wajah boleh mencacatkan kecantikan dan keserian wajah. Justeru itu pelbagai inisiatif atau cara akan digunakan untuk menyelesaikan pemasalah ini tidak kiralah cara tradisional dan moden. Sebelum itu, jom kita berkenalan dulu apa itu blackhead dan whitehead..


hilangkan blackhead dan whitehead di wajah

APA ITU BLACKHEAD DAN WHITEHEAD?

Blackhead atau nama saintifiknya adalah open comedo. Ianya sering tumbuh subur dan melata dibahagian hidung, tepi pipi, bibir, dahi dan juga dagu. ianya adalah berwarna kekuningan dan kehitaman. Tetapi warna kehitaman hanya pada pangkalnya sahaja. 

Whitehead dikenali sebagai closed comedo dalam bahasa perubatannya. Ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati didalam liang pori-pori di muka. Ia juga berbentuk kecil yang kelihatan seperti mutiara atau tompok putih.

Perbezaan di antara "Whitehead" dan  "Blackhead"
Berikut adalah beberapa tips atau petua yang boleh kita kongsikan bersama untuk mengatasi masalah ini..

1. PUTIH TELUR
- Cara ini digunapakai oleh ramai orang. mula-mula ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan pelan-pelan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering.

2. KENTANG
- Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu...

3. LEMON DAN GULA
- Letakkan beberapa titisan perahan lemon diatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan glowing.

4.YOGURT
- Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam...

5. UBAT GIGI
- Ambil secalit ubat gigi, tidak kiralah ubat gigi jenama apapun. Kemudian sapu kan ubat gigi tersebut pada kawasan yang berbintik hitam. Kemudian apabila sudah kering bilas dengan air sehingga bersih. Kaedah ini juga adalah kaedah yang paling mujarab hehe..

6. WAPKAN WAJAH
- Mewapkan permukaan muka adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Ianya boleh dilakukan dua kali seminggu.

Selain kaedah tradisional, kaedah moden juga tidak kurang hebat dan powernya dan yang lebih penting kaedah moden ini bertindak merawat dari dalam. Rawatan dari dalam ini adalah jauh lebih penting sebab apa yang terpancar dari luar itu adalah bermula dari dalam. Kulit sihat dari dalam dan bukan atas kulit muka semata-mata.

Daripada info diatas, Zizie ingin cadangkan beberapa supplement untuk membantu memenuhi pemakan harian korang untuk mengatasi masalah blackhead dan whitehead ini.



Vitamin E complex - Seperti yang kita sedia maklum vitamin E adalah vitamin yang sudah terkenal untuk kecantikan kulit dan awet muda. Ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru.

hilangkan blackhead dan whitehead di wajah




Vitamin C - Membentuk Kalogen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing) untuk membantu pemulihan luka dan kudis.


hilangkan blackhead dan whitehead di wajah

ESP - Meransang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti penuaan, mengembalikan keserian kulit, kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan bekas parut.

hilangkan blackhead dan whitehead di wajah


Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

No comments:

Post a Comment