Monday, 24 November 2014

TIPS MENANGANI MASALAH ANAK NAKAL

Assalammualaikum w.b.t.

Anak adalah merupakan amanah dan anugerah yang terindah yang Allah s.w.t. berikan kepada setiap pasang ibubapa. Anak2 ini ibarat kain putih yang bersih daripada segala kotoran. Justeru itu kita sebagai ibubapa la yang bertanggungjawab mencorak,mengajar dan membentuk anak2 ini. Disini zizie nak share serba sedikit tips dan info bermanfaat yang boleh kita amalkan dalam membentuk tatasusila permata berharga ini.

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan dekat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyakkan bersabar..sebagai ibubapa kita hadus banyak bersabar,kawal diri daripada memukul,menghina atau menjerit kat anak..cuba slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah minta dilembutkan hatinya 

3. bangun pagi..peluk anak sebanyak 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati 
(bergantung pd niat kita utk si anak) 

4. baca al-fatihah,baca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x 
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU 
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo 
anak masih menyusu..hembuskan pd susu. 

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. 

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran. 

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” 

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku. 

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Wednesday, 19 November 2014

TIPS MUDAH KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Assalammualaikum w.b.t.

Mengekalkan berat badan yang ideal atau mantain bukan sesuatu perkara yang mudah dan senang. Ia memerlukan disiplin, keazaman yang jitu dan penjagaan yang rapi. 

Jom teruskan membaca perkongsian tips-tips menarik yang boleh dan diharap dapat membantu korang dan zizie sendiri dalam mengawal berat badan.

Rahsia Kekalkan Berat Badan yang ideal

1. Kurangkan pengambilan kuantiti gula
~Jika korang peminat makanan manis, nampaknya korang harus sedia berkorban untuk berubah. Korang terpaksa mengelakkan pengambilan pemanis mulut selain daripada buah-buahan selepas makan sebab gula hanya menambah kalori dalam tubuh badan korang sahaja.

rahsia kekalkan berat badan ideal
kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman
2. Berhenti makan sebelum kenyang
~setiap kali bila korang berdepan dengan makanan yang sedap dan menyelerakan, cuba setkan dalam minda dan kepala otak untuk makan mengikut keperluan dan bukannya berhabis mengikut kehendak semata-mata. Amalkan mengunyah makanan pelahan-lahan, berjuang untuk kawal selera makan dan berhenti sebelum kenyang.

3.Kurangkan pengambilan Kuantiti makanan berkarbohidrat 
~Korang mesti mengurangkan kuantiti pengambilan makanan karbohidrat tinggi seperti nasi putih, lebihkan pengambilan sayuran dan buahan serta makanan protein tinggi seperti daging,ayam dan ikan dalam menu seharian. Pengambilan makanan berprotein tinggi dan berserat mampu memberi korang rasa kenyang yang lama.

4. Kawal diri dengan bijak
~Cuba belajar mengawal diri korang bila berdepan dengan makanan yang banyak terutama dalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebaiknya cuba makan sedikit dari rumah terlebih dahulu supaya nanti tidak kelaparan semasa didalam majlis dan menyebabkan mengambil makanan secara berlebihan nanti.

5. Tinggalkan atau kurangkan pengambilan makanan ringan
~tinggalkan atau kurangkan pengambilan makanan ringan seperti kentang goreng, burger, pizza dan semua makanan bergoreng yang sarat dengan lemak dan kalori.

rahsia kekalkan berat badan ideal

6. Minum banyak air
~Air adalah yang alat terbaik apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan. Jadi menjaga diri daripada terhidrat dengan minum air yang banyak.

7. Jangan menahan lapar terlalu lama
~Jika korang jenis yang suka berlapar dalam tempoh yang panjang ( selain berpuasa ), ia akan memberi impak yang buruk iaitu korang akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak. Jadi makan pada masa yang betul dan dalam bahagian yang sesuai.

rahsia kekalkan berat badan ideal
Rajinlah bersenam kalo nak badan cantik
8. Bersenam
~Jika korang sedang cuba mengurangkan berat badan, korang mesti membuat senaman aktif. Ini akan meningkatkan metabolisma badan dan membantu korang menurunkan atau mengekalkan berat badan.

okey cukup setakat 8 tips mudah mengekalkan berat badan korang untuk hari ini, nanti kalo banyak2 pun susah nak ikut. Apa yang penting korang mesti bersabar dan berterusan untuk patuh tips ni jika nak kekalkan berat badan yang POWER... Selamat Beramal....

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Tuesday, 18 November 2014

APA ITU SENGGUGUT?

Assalammualaikum w.b.t.

Senggugut adalah antara satu pemasalahan yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita yang didatangi haid. Masalah senggugut ini merujuk kepada kesakitan yang dialami dibahagian bawah perut atau pelvis semasa didatangi haid. Pelvis adalah tempat dimana terletaknya rahim, ovari, saluran folopia dan pundi kencing.

Dalam bahasa inggeris senggugut dikenali sebagai 'dsymenorrhoea' . Terdapat dua jenis senggugut iaitu senggugut prime dan senggugut sekunder.


masalah sengugut
Derita Sakit Senggugut
Senggugut primer adalah senggugut yang biasa dialami oleh remaja perempuan yang tidak mempunyai sejarah patologi di pelvis dan rahim. Manakala Senggugut sekunder adalah senggugut yang dialami oleh wanita disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Tanda-tanda Senggugut 
  1. Sakit di bahagian bawah perut yang boleh merebak ke belakang dan peha. 
  2. Haid yang tidak tetap
  3. Kesakitan antara haid
  4. Pendarahan yang bertambah banyak
  5. Lelehan dari faraj
  6. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  7.  Loya dan muntah, cirit-birit
Rawatan

1) Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

2) Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

3) Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk bagi mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.Kegunaan lainnya adalah sebagai ubat pencegah kehamilan.

4) Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

5) Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

Anda juga boleh mengambil GLA COMPLEX dan OSTEMATRIX bagi melegakan kesakitan akibat senggugut ini.

masalah sengugut
Vitamin yang membantu melegakan kesakitan senggugut
Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

sumber : Myhealth

Monday, 17 November 2014

CARA MENGIRA BMI BERAT BADAN ANDA

Assalammualaikum w.b.t.

BMI (Body Mass Index) atau dikenali sebagai Indeks Jisim Tubuh dalam Bahasa Melayu merupakan satu piawai pengukuran bagi menentukan berat badan yang unggul. BMI ini boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu anda mengalami kurang berat badan, berat badan yang ideal, berat badan berlebihan dan obesiti.


cara mengira bmi berat badan anda


CARA MENGIRA BMI

BMI boleh dikira menggunakan formula di bawah:


cara mengira BMI berat badan

Formula ini tidak boleh digunapakai oleh:
  1. . Orang yang berusia 18 tahun ke bawah
  2.  Orang yang mengandung atau menyusukan anak
  3. Orang yang terlalu tua (yang lemah)
  4. Ahli sukan yang aktif dan ahli bina badan
Setelah mendapat keputusan BMI korang lihat jadual di bawah ini untuk menentukan sama ada korang gemuk, kurus dan sebagainya.

cara mengira bmi berat badan anda

Contoh pengiraan:
Berat Badan   = 58Kg
Tinggi               = 158 cm iaitu 1.58 meter
Oleh itu BMI  = 58 / (1.58 x 1.58)
                            = 58 / 2.49
                            = 23.29 iaitu normal

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Monday, 10 November 2014

6 TIPS HILANGKAN BLACKHEAD DAN WHITEHEAD DI KULIT MUKA

Assalammualaikum w.b.t.

Memiliki wajah yang dipenuhi blackhead (bintik hitam) dan whitehead (bintik putih) di wajah boleh mencacatkan kecantikan dan keserian wajah. Justeru itu pelbagai inisiatif atau cara akan digunakan untuk menyelesaikan pemasalah ini tidak kiralah cara tradisional dan moden. Sebelum itu, jom kita berkenalan dulu apa itu blackhead dan whitehead..


hilangkan blackhead dan whitehead di wajah

APA ITU BLACKHEAD DAN WHITEHEAD?

Blackhead atau nama saintifiknya adalah open comedo. Ianya sering tumbuh subur dan melata dibahagian hidung, tepi pipi, bibir, dahi dan juga dagu. ianya adalah berwarna kekuningan dan kehitaman. Tetapi warna kehitaman hanya pada pangkalnya sahaja. 

Whitehead dikenali sebagai closed comedo dalam bahasa perubatannya. Ia adalah jerawat yang terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati didalam liang pori-pori di muka. Ia juga berbentuk kecil yang kelihatan seperti mutiara atau tompok putih.

Perbezaan di antara "Whitehead" dan  "Blackhead"
Berikut adalah beberapa tips atau petua yang boleh kita kongsikan bersama untuk mengatasi masalah ini..

1. PUTIH TELUR
- Cara ini digunapakai oleh ramai orang. mula-mula ambil putih telur, kemudian sapukan pada wajah dan letakkan tisu pada wajah. Kemudian tarik tisu berkenaan pelan-pelan apabila putih telur yang disapukan pada wajah sudah kering.

2. KENTANG
- Parut sebiji kentang, kemudian sapukan pada wajah, hidung dan dagu selama 15 minit untuk menghilangkan bintik hitam. Biarkan ianya sehingga kering dan basuhkan muka anda dengan bersih selepas itu...

3. LEMON DAN GULA
- Letakkan beberapa titisan perahan lemon diatas sesudu gula dan gosokkan secara lembut pada wajah, hidung dan dagu. Ianya mampu menanggalkan bintik hitam dan kulit-kulit mati pada wajah dan membuatkan kulit menjadi bersih dan glowing.

4.YOGURT
- Ambi dua sudu makan yogurt dan sesudu makan perahan lemon. Campurkan bahan terbabit dan sapukan pada kawasan muka untuk menghilangkan bintik hitam...

5. UBAT GIGI
- Ambil secalit ubat gigi, tidak kiralah ubat gigi jenama apapun. Kemudian sapu kan ubat gigi tersebut pada kawasan yang berbintik hitam. Kemudian apabila sudah kering bilas dengan air sehingga bersih. Kaedah ini juga adalah kaedah yang paling mujarab hehe..

6. WAPKAN WAJAH
- Mewapkan permukaan muka adalah perkara paling mudah untuk menghilangkan bintik hitam. Ianya mampu membuka liang-liang roma yang tersumbat dan membersihkan liang tersebut lalu menyebabkan bintik hitam segan untuk tumbuh dimuka. Ianya boleh dilakukan dua kali seminggu.

Selain kaedah tradisional, kaedah moden juga tidak kurang hebat dan powernya dan yang lebih penting kaedah moden ini bertindak merawat dari dalam. Rawatan dari dalam ini adalah jauh lebih penting sebab apa yang terpancar dari luar itu adalah bermula dari dalam. Kulit sihat dari dalam dan bukan atas kulit muka semata-mata.

Daripada info diatas, Zizie ingin cadangkan beberapa supplement untuk membantu memenuhi pemakan harian korang untuk mengatasi masalah blackhead dan whitehead ini.



Vitamin E complex - Seperti yang kita sedia maklum vitamin E adalah vitamin yang sudah terkenal untuk kecantikan kulit dan awet muda. Ia membantu dalam penghasilan sel kulit yang baru.

hilangkan blackhead dan whitehead di wajah




Vitamin C - Membentuk Kalogen yang mengukuhkan sel kulit dan paling penting sebagai kuasa penyembuh (healing) untuk membantu pemulihan luka dan kudis.


hilangkan blackhead dan whitehead di wajah

ESP - Meransang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti penuaan, mengembalikan keserian kulit, kelembutan otot, sekaligus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan bekas parut.

hilangkan blackhead dan whitehead di wajah


Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Sunday, 9 November 2014

TIPS KURANGKAN RABUN MATA

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ni zizi nak share dengan korang berkaitan petua mengurangkan rabun mata, tidak kiralah rabun jauh, rabun dekat, rabun malam dan bermacam jenis rabun lagi.

Antara tips dan cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan rabun mata

1. Amalkan makan buah-buahan contoh carrot. Carrot mengandungi beta carotena yang baik untuk mata. Walaupun ramai pakar menyatakan carrot sebenarnya tidak ada kena mengena dengan mata. Just try saja 

2. Jangan amalkan membaca dalam keadaan gelap dan tidak cukup cahaya lampu.

3. Selepas bangun daripada tidur atau mata sibuk berkerja menghadap komputer cuba ambil masa untuk melihat pemandangan yang hijau dan menenangkan. Lepas tu mesti gerenti mata dapat releks.

4. Tips paling best ialah ambil suplemen khas untuk kesihatan mata. So disini suka zizi cadangkan dengan korang cuba CARATOMAX SHAKLEE..

petua kurangkan rabun mata
Vitamin untuk mata
Apa yg ada dalam satu kapsul CarotoMax? Satu kapsul CarotoMax mengandungi rumpai laut, tomato non-GMO, biji anggur, pot marigold, epal, strawberi, minyak zawit, fava d'fanta, brokoli, ubi kentang, cantaloupe dan lobak.

Satu hidangan CarotoMax juga bersamaan dengan 89 hidangan raspberi (alpha carotena), 102 hidangan pisang (carotene), 714 hidangan apricots (lycopene), 113g salmon (astaxanthin) dan 285 hidangan anggur (lutein dan zeaxanthin).


Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Saturday, 8 November 2014

4 TIPS KEMPISKAN PERUT BUNCIT

Assalammualaikum w.b.t.

Hari ini zizi nak kongsi berkaitan tips dan cara untuk mengempiskan perut yang buncit atau boroi. Lumrah setiap manusia tidak mengira perempuan atau lelaki mengimpikan penampilan dan bentuk badan yang menarik.


cara mengempiskan perut buncit
Perut buncit

Disini zizi nak share 4 tips dan cara mudah untuk mengempiskan perut yang buncit atau boroi.

1.Tinggalkan pengambilan makanan ringan
- Makanan ringan dan segera adalah tidak baik untuk kesihatan dan jika diambil secara berlebihan hanya akan menyebabkan lemak senang berkumpul dibahagian perut.

2.Berhenti mengamalkan makan lewat malam
- Ramai daripada kita akan terus tidur selepas kekenyangan makan lewat malam. Hal ini bermaksud lebihan gula yang diambil semasa lewat malam akan ditukar kepada lemak kerana badan tidak boleh membakar lemak semasa tidur.

3.Kurangkan minuman bergas, jus dan gula yang tinggi
- Minuman bergas, jus dan bergula adalah mengandungi jumlah kalori tinggi yang akan menganggu serta merosakkan usaha kita untuk mengempiskan perut. Solusinya berhenti mengambil minuman bergula dan perbanyakkan ambil air kosong dan air mineral.

4.Lakukan Senaman
- Untuk mendapatkan perut yang kempis hendaklah mengamalkan senaman seperti jogging dan aktiviti turun tangga kerana senaman terbukti dapat membakar kalori dalam badan. Senaman perut juga bagus diamalkan.

KEMPISKAN PERUT BUNCIT DENGAN HERBALAX DAN LECITHIN SHAKLEE..

cara kempiskan perut buncit
Set kempiskan perut boroi shaklee


Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Wednesday, 5 November 2014

TIPS KULIT CANTIK

Tips mendapatkan kulit yang cantik

1. Buang semua produk kecantikan yang tidak digunakan enam bulan lalu dan dapatkan produk kecantikan yang benar2 digunakan setiap hari.

2. Minum air putih 8 gelas setiap hari (sekurang2nya 3 liter)

3. Kerap lakukan Senaman kerana ia bukan sahaja baik untuk kesihatan tubuh malahan juga baik untuk kesihatan kulit menjadi cantik dan berseri.

4. Pastikan kulit anda mendapat 'makanan' terbaik menerusi khasiat buah-buahan segar.

5. Pakai pelembab wajah setiap hari. Pilih pelembab yang bebas minyak k.

6. Cuba elakkan perasan cepat marah kerana ia boleh menyebabkan kerosakkan kulit anda. Sentiasa tenang dalam apa jua keadaan.

7. Jangan sentiasa mengenakan solekan. Sekali sekala biarkan kulit kita 'berehat' seketika.

8. Jangan terus tidur tanpa menanggal atau membersihkan makeup di muka terlebih dahulu.

9. Jangan menggunakan sabun atau produk yang tidak bersesuaian dengan kulit anda.

10. Berhenti atau kurangkan pengambilan makanan atau snek ringan yang terbukti boleh merosakkan kulit anda.

11. Ambil atau amalkan makanan tambahan yang berkhasiat  seperti vitamin yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik..bagi zizie sendiri tuk dapatkan kulit yang sihat,zizie mengamalkan vitamin dari SHAKLEE.

12. Tips yang terakhir ialah pastikan anda mendapat tidur dan rehat yang secukupnya, sekurang2nya 8jam sehari.

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini