Tuesday, 23 December 2014

HUKUM PENYUSUAN SUSU IBU MENURUT PANDANGAN ISLAM

Assalammualaikum w.b.t.

Tidak dapat dinafikan banyak kajian terbukti tentang kelebihan susu ibu atau susu badan sebagai makanan terbaik untuk bayi. Malahan susu ibu baik untuk menguatkan daya imun bayi terhadap sebarang penyakit. 

Dari sudut pandangan agama, Islam tidak mengharamkan amalan penyusuan. Malahan Islam memperakuinya kerana melalui penyusuan susu ibu dapat menghalang penyakit kerana susu ibu mengandungi antibodi yang kuat. Berikut adalah contoh soalan yang sering ditimbulkan dalam hukum penyusuan ini..

hukum memberi susu ibu menurut islam
Hukum memberi susu ibu menurut islam
Soalan
1) apakah syarat menjadi ibu susuan
Jawapan
- syarat untuk menentukan anak itu sebagai anak susuan adalah anak tersebut menyusu sekurang-kurangnya 5 kali kenyang dan umurnya tidak melebihi 2 tahun.

Soalan
2) Adakah hukum akan berbeza sekiranya susu ibu diberi secara terus menyusu badan atau dipam simpan didalam botol/disejukkan dan diberikan kepada bayi tersebut?
Jawapan
- Susu ibu boleh diberikan secara terus atau dipam dan disimpan. Kemudian susu tersebut diberikan kepada bayi tersebut.

Soalan
3) Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?
Jawapan
- Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik-beradik sampai bila2. Mereka haram dan tidak boleh berkahwin sampai bila2.

Sumber: Panel kemusykilan Agama. JAKIM.

Wednesday, 17 December 2014

SINOPSIS FILEM MUNNA BHAI M.B.B.S.

Salam sayang tuk pembaca blogku semua.. malam ni lewat tido bab tertengok cerita hindustan di tv2 tadi.. First time tengok cerita Munna Bhai M.B.B.S. pecah perut ketawa di buatnya.. Filem yang penuh pengajaran sebenarnya..

munna bhai MBBS
Munna Bhai MBBS
SINOPSIS MUNNA BHAI MBBS

Filem komedi Bollywood ini menceritakan tentang Murli Prasad Sharma alias Munna (Sanjay Dutt) yang berlakon sebagai samseng besar yang ditakuti di Mumbai dan hampir semua orang bekerja dengannya. Namun orang tua Munna tidak tahu anak lelaki mereka adalah seorang penjahat dan ketua samseng kerana Munna mengaku adalah seorang doktor yang mempunya rumah sakit pada mereka. Sehingga pada suatu hari masalah besar timbul lantaran ayahnya, Shri Hari Prasad Sharma (Sunil Dutt) ingin Munna mendirikan rumahtangga dengan anak perempuan sahabatnya bernama Chinki (Gracy Singh) yang juga adalah seorang doktor. Masalah timbul bilamana ayah Chinki, Dr. Ashtana (Bomen Irani) yang juga seorang doktor, tahu bahwa Munna bukanlah doktor melainkan seorang penjahat dan membongkar semuanya pada ayah-ibu Munna. Ayah Munna yang sangat malu dan kecewa sampai tidak mau mengaku munna sebagai anaknya lagi..
Terpukul atas sikap ayahnya, Munna pun bertekad menunjukkan kepada ayahnya bahawa dirinya boleh menjadi seorang doktor.
Untuk itu, Munna lalu sengaja masuk ke sekolah kedoktoran yang diasas ayah Chinki. Niatnya tidak hanya untuk belajar menjadi seorang doktor, melainkan juga ingin membuat kekesalan sikap Dr. Ashtana. Di kolej Dr. Ashtana berusaha keras membuat Munna supaya tidak boleh belajar menjadi doktor. Sedangkan dalam masa lain, Munna juga berusaha memenangkan hati Chinki agar mau menjadi istrinya. 

munna bhai mbbs
GAMBAR PETIKAN FILEM MUNNA BHAI MBBS
Berhasilkah Munna melaksanakan niatnya menjadi seorang doktor itu ? Akankah Chinki akhirnya berjaya disunting Munna ? Jangan lupa tonton ok cerita penuhnya..ok bye dan sekian :)

Tuesday, 16 December 2014

PERBEZAAN ANTARA CYST DAN FIBROID SERTA RAWATAN MENGHILANGKANNYA

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera...

Baru-baru ni ada anak shaklee saya bertanya perbezaan antara cyst dan fibroid ni. Selama ni asyik terkeliru dan menyangka cyst dan fibroid adalah benda yang sama. 

PERBEZAAN CYST DAN FIBROID

fibroid dalam uterus
FIBROID

CYST DALAM OVARI
CYST
Fibroid biasanya berlaku di dalam UTERUS (Rahim/tempat peranakan), manakala cyst kebiasaan pada OVARI (kiri atau kanan, atau kedua-duanya/Kilang telur atau ovum). Jenis cyst ovari yang terjadi bersama fibroid dikenali sebagai 'endometriotic cyst. selain 'endometriotic cyst,' terdapat pelbagai cyst lain pada ovari

jenis-jenis cyst ovari

Selain itu kandungan dalam cyst adalah cecair manakala fibroid adalah tisu-tisu yang padat. Kedua-duanya boleh dikesan melalui 'Pelvic Ultrasound' . Punca sebenar kedua-dua penyakit ini (fibroid dan endometriotic cyst) tidak diketahui, tetapi ia berkaitan hormon estrogen yang banyak dihasilkan sewaktu usia reproduktif (bermula baligh sehingga menopaus) tanpa mengira sama ada sudah berkahwin mahupun belum.

SIMPTOM FIBROID & CYST

Dari artikel Prof. Dr. Hamid Arshat, di antara simptom seseorang mempunyai masalah fibroid atau cyst adalah:

Gangguan haid
seperti pendarahan yang banyak dan berpanjangan, berketul-ketul, atau terlalu sedikit. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.

Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.

Kerap Keguguran atau Bayi Songsang
Ketumbuhan yang terlalu besar akan menekan rahim dan boleh menyebabkan risiko keguguran atau masalah pada kedudukan bayi. Ia juga boleh menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga pelvic. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini boleh menjadi tegang dan tertekan.

Kerap Terkucil / Kencing
Oleh kerana pundi air kencing terletak di sebelah rahim, maka jika ada ketumbuhan dalam rahim, pundi kencing akan tertekan. Akibatnya wanita itu akan menghadapi masalah kerap kencing atau terkucil (tidak dapat menahan kencing apabila batuk atau bersin.

Senggugut Yang Teruk
Perut buncit yang ketara atau seperti mengandung

Jika kita merasakan terdapat tanda-tanda sedemikian, eloklah kita pergi berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. 


PUNCA TERJADI FIBROID & CYST

Puncanya tidak diketahui secara terperinci, tetapi menurut pakar sakit puan, perkara-perkara di bawah boleh menjadi punca kepada fibroid dan cyst:

Ketidakseimbangan Hormon

Wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan parasprogesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.

Kandungan estrogen dan progesteron dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kelenjar pituitari yang terletak di dalam otak. Menurut Dr Hamid, fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja.

Pemakanan Yang Tidak Sihat

Diet atau corak pemakanan seseorang turut mempengaruhi badan sesorang. Wanita yang tidak menjaga pemakanan, terutamanya yang sering makan makanan segera, lebih berisiko tingggi untuk mendapat endriometriosis, fibroid atau cyst

Tekanan Hidup

Kehidupan wanita zaman ini sangat mencabar, menyebabkan sering tertekan fizikal dan jiwanya. Jiwa yang tertekan boleh menyebabkan system pertahanan badan (imunisasi) menjadi lemah. Oleh sebab itu bermacam-macam penyakit akan timbul termasuk Endrometriosis, Fibroid & Cyst.

Produk Shaklee yang boleh membantu mengatasi masalah fibroid dan cyst ini salah satunya ialah GLA Complex Shaklee. GLA bertindak mengawal atur. Kebanyakan cyst berpunca dengan masalah hormon yang tidak seimbang.

GLA COMPLEX
GLA COMPLEX
TESTIMONI-TESTIMONI CYST & FIBROID KECUT DENGAN GLA SHAKLEE



Selain dari GLA Shaklee, Corotomax, Vitamin E dan Vitamin C Shaklee juga boleh membantu untuk merawat cyst dan fibroid ini.Ketiga2 vitamin ini merupakan antioksidan yang bertindak untuk menghalang semula pertumbuhan cyst dan fibroid ini.

RAWATAN CYST DAN FIBROID

Okay, sekian dulu perkongsian pada kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Monday, 15 December 2014

HEADER BARU BLOG SAYA - " SAYA BUDAK BARU BELAJAR"

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sayang pengunjung blogku semua...Entri yang entah apa2,entri saja2 nak bagi tau minta puji sikit hihi.. je je jeng headar baru kita da siap hehe.. Cantik tak cantik tak??..hampir tiga jam tau kita design header ni huhuhu dari jam 12 malam sampai jam 3 pagi tadi baru siap ( lebam bawa mata macam mata panda da )..  tapi takpe  Alhamdulillah akhirnya siap juga.. 

pengedar shaklee kota kinabalu dan seluruh malaysia
pengedar shaklee kota kinabalu dan seluruh malaysia
okeyla setakat ini aje entri pasal header kita hihi..bubye...

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

TIPS MENGGELAKKAN RAMBUT GUGUR

Assalammualaikum w.b.t.
Rambut merupakan mahkota bagi setiap wanita tidak kiralah yang memakai tudung atau pun tidak. Masalah keguguran rambut ni seringkali membuat para ibu stress dan rungsing. Sebenarnya keguguran rambut selepas bersalin adalah perkara normal. Ia tidak ada kaitan dengan bayi menyembur atau menyusu badan. Jika dulu rambut panjang mengurai dan senang disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semua ini berlaku??

penjagaan rambut gugur
Rambut impian setiap wanita
9 Perkara perlu wanita tahu mengenai rambut

1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baru bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.

2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.

3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.

4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.

5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.

6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.

7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.

8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.

9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Bagaimana mengatasi masalah ini?
  • Ibu bersalin tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.
  • Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit.
Rawatan rambut gugur bersama vitamin Shaklee
vitamin untuk rambut gugur
vitamin untuk rambut gugur
  • Ambil nutrisi penting untuk penjagaan rambut iaitu ESP, Zinc dan Vita-Lea (multivitamin).
  • Bertukarlah kepada syampoo yang kurang bahan kimianya dan lebih kandungan organik, iaitu Revitalizing Syampoo.
  • Gunakan sikat yang lembut dengan sisir sikat yang jarang.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya dan kurangkan stress.
  • Minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari.
Vitamin tersebut merupakan Set yang mesti anda miliki untuk mendapatkan kesan dan kebaikan yang optimum. Tetapi jika korang mempunyai kekangan bajet korang boleh dapatkan set bajet yang terdiri daripada Zinc dan ESP.


TESTIMONI MASALAH RAMBUT GUGUR
TESTIMONI RAMBUT GUGUR
Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

RAHSIA PENJAGAAN KULIT MUKA YANG ASAS

Assalammualaikum w.b.t.

Hai semua rasanya lama tak update blog tercintaku ini huhuhu. Almaklum la kesibukan menyelebungi diri. Sibukla sangat kan tembirang jak sibuk hahaha. Okey sempena bulan istimewa ni Shaklee baik hati sangat bagi promosi SET KECANTIKAN SUPER BAJET ni. Mesti hati gembira sangat2kan.


Sustained Release Vita C Plus
 ❤️ Kulit cantik.. Utk cerahkan kulit dan Glowingg! 
❤️ Anti penuaan, sebab membina kolagen secara semula jadi. Awet muda :)
❤️ Kuatkan sistem imun. Serius jarang demam.. 

❤️ Demam selsema, baik tanpa panadol atau ubat demam..
❤️ Resdung.. Hilang gatal2 mata dan hidung.
❤️ Gusi berdarah

❤️ Ibu mnyusu minum, anak pun dpt khasiat di atas! 
❤️ Ibu hamil, anak dlm kandungan turut dapat manfaat vitamin
❤️ Stretchmark tidak ada! Amalkan ESP sekali kalau stretchmark banyak
SEBOTOL ADA 180 BIJI, TAHAN UTK 6 BULAN !! Harga asal RM92.50. 
Jimat dan berbaloii baloiii!


Vita E Complex 

❤️ Awet muda
❤️ Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu
❤️ Menghilangkan parut dan cela di wajah
❤️ Kulit dan rambut sihat, cantik dan lebat
❤️ Meningkat libido serta kesuburan lelaki dan wanita
❤️ Merawat masalah keintiman
❤️ Merawat masalah seksual lelaki
❤️ Merawat masalah jeragat
❤️ Merawat masalah pori2 terbuka
❤️ Melembabkan kulit. Sesuai utk kulit kering.

SEBOTOL ADA 120 BIJI, TAHAN UTK 4 BULAN !! Harga asal RM149.00.

So sempena bulan ini harga terlajak laris mari kita pakat ramai2. Promo best ni!!!



Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Monday, 24 November 2014

TIPS MENANGANI MASALAH ANAK NAKAL

Assalammualaikum w.b.t.

Anak adalah merupakan amanah dan anugerah yang terindah yang Allah s.w.t. berikan kepada setiap pasang ibubapa. Anak2 ini ibarat kain putih yang bersih daripada segala kotoran. Justeru itu kita sebagai ibubapa la yang bertanggungjawab mencorak,mengajar dan membentuk anak2 ini. Disini zizie nak share serba sedikit tips dan info bermanfaat yang boleh kita amalkan dalam membentuk tatasusila permata berharga ini.

TIPS MENANGANI ANAK NAKAL

1.selalu amalkan baca 'Ya Latif' sebanyak 7 kali dan dihembuskan dekat kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2.Banyakkan bersabar..sebagai ibubapa kita hadus banyak bersabar,kawal diri daripada memukul,menghina atau menjerit kat anak..cuba slow talk dan pujuk lebih baik disamping byk berdoa pada Allah minta dilembutkan hatinya 

3. bangun pagi..peluk anak sebanyak 3x. usapkan kepala & berselawat sambil berniat di dlm hati 
(bergantung pd niat kita utk si anak) 

4. baca al-fatihah,baca surah taha ayat 1-5..dan kemudian baca doa NABi DAUD sebyk 3x 
"YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA)..SEBAGAIMANA ENGKAU 
LEMBUTKAn NABI DAUD AKAN BESI" dan hembuskan makanan/minuman atau kalo 
anak masih menyusu..hembuskan pd susu. 

5. Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.” 

Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga. 

6.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.” 

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati. 

Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran. 

7. Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.” 

8.Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan ketika anak baru lelap kerap saya amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku. 

Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.” 

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Wednesday, 19 November 2014

TIPS MUDAH KEKALKAN BERAT BADAN IDEAL

Assalammualaikum w.b.t.

Mengekalkan berat badan yang ideal atau mantain bukan sesuatu perkara yang mudah dan senang. Ia memerlukan disiplin, keazaman yang jitu dan penjagaan yang rapi. 

Jom teruskan membaca perkongsian tips-tips menarik yang boleh dan diharap dapat membantu korang dan zizie sendiri dalam mengawal berat badan.

Rahsia Kekalkan Berat Badan yang ideal

1. Kurangkan pengambilan kuantiti gula
~Jika korang peminat makanan manis, nampaknya korang harus sedia berkorban untuk berubah. Korang terpaksa mengelakkan pengambilan pemanis mulut selain daripada buah-buahan selepas makan sebab gula hanya menambah kalori dalam tubuh badan korang sahaja.

rahsia kekalkan berat badan ideal
kurangkan manis dalam minuman tambahkan manis dalam senyuman
2. Berhenti makan sebelum kenyang
~setiap kali bila korang berdepan dengan makanan yang sedap dan menyelerakan, cuba setkan dalam minda dan kepala otak untuk makan mengikut keperluan dan bukannya berhabis mengikut kehendak semata-mata. Amalkan mengunyah makanan pelahan-lahan, berjuang untuk kawal selera makan dan berhenti sebelum kenyang.

3.Kurangkan pengambilan Kuantiti makanan berkarbohidrat 
~Korang mesti mengurangkan kuantiti pengambilan makanan karbohidrat tinggi seperti nasi putih, lebihkan pengambilan sayuran dan buahan serta makanan protein tinggi seperti daging,ayam dan ikan dalam menu seharian. Pengambilan makanan berprotein tinggi dan berserat mampu memberi korang rasa kenyang yang lama.

4. Kawal diri dengan bijak
~Cuba belajar mengawal diri korang bila berdepan dengan makanan yang banyak terutama dalam majlis-majlis keraian seperti majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebaiknya cuba makan sedikit dari rumah terlebih dahulu supaya nanti tidak kelaparan semasa didalam majlis dan menyebabkan mengambil makanan secara berlebihan nanti.

5. Tinggalkan atau kurangkan pengambilan makanan ringan
~tinggalkan atau kurangkan pengambilan makanan ringan seperti kentang goreng, burger, pizza dan semua makanan bergoreng yang sarat dengan lemak dan kalori.

rahsia kekalkan berat badan ideal

6. Minum banyak air
~Air adalah yang alat terbaik apabila anda cuba untuk menurunkan berat badan. Jadi menjaga diri daripada terhidrat dengan minum air yang banyak.

7. Jangan menahan lapar terlalu lama
~Jika korang jenis yang suka berlapar dalam tempoh yang panjang ( selain berpuasa ), ia akan memberi impak yang buruk iaitu korang akan lebih cenderung untuk makan lebih banyak. Jadi makan pada masa yang betul dan dalam bahagian yang sesuai.

rahsia kekalkan berat badan ideal
Rajinlah bersenam kalo nak badan cantik
8. Bersenam
~Jika korang sedang cuba mengurangkan berat badan, korang mesti membuat senaman aktif. Ini akan meningkatkan metabolisma badan dan membantu korang menurunkan atau mengekalkan berat badan.

okey cukup setakat 8 tips mudah mengekalkan berat badan korang untuk hari ini, nanti kalo banyak2 pun susah nak ikut. Apa yang penting korang mesti bersabar dan berterusan untuk patuh tips ni jika nak kekalkan berat badan yang POWER... Selamat Beramal....

Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

Tuesday, 18 November 2014

APA ITU SENGGUGUT?

Assalammualaikum w.b.t.

Senggugut adalah antara satu pemasalahan yang sering dihadapi oleh sesetengah wanita yang didatangi haid. Masalah senggugut ini merujuk kepada kesakitan yang dialami dibahagian bawah perut atau pelvis semasa didatangi haid. Pelvis adalah tempat dimana terletaknya rahim, ovari, saluran folopia dan pundi kencing.

Dalam bahasa inggeris senggugut dikenali sebagai 'dsymenorrhoea' . Terdapat dua jenis senggugut iaitu senggugut prime dan senggugut sekunder.


masalah sengugut
Derita Sakit Senggugut
Senggugut primer adalah senggugut yang biasa dialami oleh remaja perempuan yang tidak mempunyai sejarah patologi di pelvis dan rahim. Manakala Senggugut sekunder adalah senggugut yang dialami oleh wanita disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku di kalangan wanita yang lebih berumur dan masih subur.

Tanda-tanda Senggugut 
  1. Sakit di bahagian bawah perut yang boleh merebak ke belakang dan peha. 
  2. Haid yang tidak tetap
  3. Kesakitan antara haid
  4. Pendarahan yang bertambah banyak
  5. Lelehan dari faraj
  6. Sakit kepala, pening, letih, sakit belakang
  7.  Loya dan muntah, cirit-birit
Rawatan

1) Ubat pengurang radang. (Contoh: Mefanemic acid, Naproxen)
Sebanyak 80% perempuan yang mengalami senggugut boleh dikurangkan atau dihentikan dengan mengunakan ubat ini. Ia hendaklah dimakan sebaik sahaja sakit bermula atau pada permulaan haid.

2) Ubat tahan sakit. (Contoh: Paracetamol)
Digunakan sekiranya ubat pengurang radang tidak sesuai untuk dimakan disebabkan oleh kesan sampingan atau kontraindikasi penggunaan ubat. Ubat ini boleh digunakan bersama dengan ubat pengurang radang sekiranya sejenis ubat tidak mencukupi untuk mengurangkan kesakitan.

3) Pil perancang.
Ia biasanya digunakan untuk senggugut primer untuk bagi mengurangkan dan memendekkan tempoh haid dengan menghindari ovulasi. Mengurangkan atau menghilangkan sakit senggugut dengan mengurangkan penghasilan prostaglandin di selaput rahim.Kegunaan lainnya adalah sebagai ubat pencegah kehamilan.

4) Penggunaan Haba
Senggugut sering kali dialami untuk seketika sahaja. Kesakitan sementara ini dapat diredakan menggunakan haba dari botol yang berisikan air suam, atau pek panas yang boleh diletakkan pada bahagian bawah perut, atau dengan mandi air suam.

5) Mesin TENS ("Transcutaneous Electrical Nerve Stimulation")
Boleh digunakan sekiranya tidak ingin menggunakan ubat. Mesin in menghasilkan pengaliran kuasa elektrik kecil yang menghindari tanda sakit dari saraf sakit dari disampaikan ke otak. Dengan ini sakit mungkin berkurangan.

Anda juga boleh mengambil GLA COMPLEX dan OSTEMATRIX bagi melegakan kesakitan akibat senggugut ini.

masalah sengugut
Vitamin yang membantu melegakan kesakitan senggugut
Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami.. 

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini

sumber : Myhealth