Assalammualaikum....
Haa hari ni kita akan bercerita pasal Healing Crisis...okey rata-rata customer yang beli suplemen shaklee kat saya ni akan mengadu bermacam-macam masalah atau kesulitan dihadapi kesan pengambilan makan shaklee ni... Ada yang sakit kepala, ada yang sakit lutut, ada yang demam dan macam-macam lagi. pastu siap cakap lagi tanpa usul periksa rugi beli shaklee mahal2..Beberapa kes yang saya sering dengar adalah:
- Sakit kepala lepas makan alfalfa
- lutut makin sakit lepas makan AJHT
- Period tak stabil lepas makan GLA
- Sengal-sengal badan lepas makan Ostematrix
- badan dan muka keluar jerawat lepas ambil set kurus shaklee ( alfalfa n lecithin )
- belakang dan bahagian ari-ari rasa kebas dan cirit birit lepas ambil herbalax
Haaa ada tak antara pembaca ni mengalami permasalahan tersebut diatas??haaa kalo ada jangan risau jangan bimbang okey sebab ini lah yang di namakan Healing Crisis atau Krisis Penyembuhan..
Mari Baca tentang Healing Crisis
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
Jawapan :Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup.
Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Soalan :Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
Jawapan :Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Soalan :Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
Jawapan :Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.
Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihatsepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Soalan :Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
Jawapan :Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.
Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Soalan :Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
Jawapan :Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Soalan :Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Jawapan : Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
- Tidak mengamalkannya setiap hari
- Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
- Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
- Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
- Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yangpanjang untuk sembuh
- Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
- Mengalami masalah emosi
Hubungi saya segera sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami..
Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe sila klik LIKE utk info terkini
No comments:
Post a Comment