Mungkin satu hari makanan kegemaran mereka akan berakhir dengan lemparan di lantai sahaja.Ini menunjukkan ciri-ciri yang dikenali sebagai tahap 'picky eater' / 'fussing eating'. Sikap memilih makan anak-anak boleh mempengaruhi tumbesaran, imunisasi & mental.
Menguruskan anak2 picky eater ni memang buat kita frustrated & kebiasaannye keadaan akan jadi lebih teruk bile kite biarkan emosi turut serta, Jadi ibu bapa boleh apply teknik2 penting di bawah ini dalam mengendalikan anak picky eater ni.
1. Konsisten
Jangan mengalah @ menyerah. Konsistenkan waktu makan anak kita dengan menyediakan 3X hidangan makanan yang sihat setiap hari dengan 3X hidangan snak sihat untuk anak di antara waktu makan utama & JANGAN BENARKAN anak 'kelek' (bawa) bekas makanan ringan semasa snak time. Nanti anak dah kenyang tibe waktu makan utama. Keep the milk & juice in check, & beri anak minum air biasa - occasionally.
NOTE : Anak2 kita takkan mati kebuluran. Hanya kerana mereka memilih makanan kita pula bertindak untuk buang nutrisi & beri ape yang mereka suka hanya semata2 nak mereka makan. Be consistent and firm, jangan paksa. Mereka akan makan bila mereka lapar.
2. Redekan tekanan
Pemakan cerewet ni akan buat kite tersangat stress & beri kesan kepada seluruh keluarga. Tekanan & ganguan boleh berakhir dengan perang di meja makan & ia boleh buat keadaan akan jadi lebih teruk.
Reaksi kite juge boleh jadikan anak cerewet ini lebih cerewet.
NOTE : Ingat! bukan hanya kita je lalui keadaan macam ni & pickiness is actually common in children. Jangan jadikan food protest as a personal attack against your cooking. Jangan biarkan waktu makan beri tekanan pada kita, lakukan terbaik & keep move on hari seterusnye ^_^
Tanpa sedar kita selalu stress kan anak2 dengan meletakkan kuantiti yang banyak dalam pinggan. Jadi, keep portion sizes small untuk elakkan anak rase tertekan untuk habiskan semua - Mereka sendiri akan minta kalau tak cukup.
3. Mix it up
Apabila mengendalikan anak picky eater ni, kite akan berada dalam rutin yang akan membiarkan anak makan ape sahaja yang mereka nak makan, asalkan mereka makan. Akhirnye ia membentuk kepada khasiat pemakanan yang tidak baik. Tindakan ini juga menjadikan anak lain yang bukan picky eater bertukar menjadi picky & reject any new foods. Elakkan perancangan makanan yang berdasarkan apa yang anak picky eater makan sahaja. Taktik ini akan mengurangkan kepelbagaian pemakanan & menjadikan seluruh keluarga makan apa yang anak picky makan sahaja.
Teruskan mempelbagaikan hidangan & menggalakkan kelakuan makan yang sihat. Dah tentu anak akan komplen mula2, & kadang2 mereka akan luak balik apa yang mereka makan, tapi anak2 akan mula selesa apabila mencube makanan2 baru. Dalam masa yang sama kite pupuk anak2 suka kan cabaran. Kalau anak2 tak suka, no big deal. Kite mesti tak nak usaha ni berakhir dengan anak yang hanya makan 5 jenis makanan sahaja bukan?
4. Hidangkan makanan jauh dari meja makan
Jika makan pun 1 masalah, anak kita juga akan rasa tak senang dengan meja makan. Ini adalah masa untuk shake things up & beredar jauh dari meja makan.
- Rancang picnic di laman rumah (rumah takde laman? Buat in door 'camping' pun boleh)
- Buat "Tea Party" (dengan hidangan makanan yang sebenar) di dalam bilik tidur anak.
- Bermain Kedai Makan(restaurant) - Pindah kan hidangan makanan anak kite sudut lain dalam rumah & berpura2 seperti kita makan di luar. Anak jadi pelayan. Gunakan meja makan yang sama untuk aktiviti tersebut, biarkan anak bermain dengan tanah liat @ projek craft yang lain.
Dengan menggunakan teknik ini di rumah, melakukan aktiviti kraft di meja makan yang sama, akan mengurangkan rasa tak senang anak pada meja makan. (benar..meje makan juga boleh jadi isu dengan anak picky eater ni)
5. Elakkan tingkah laku mendisiplinkan
Adalah 1 kesilapan paling teruk menjadikan meja makan tempat untuk disiplin, kritikan & perbalahan. Dengan keengganan anak pada makanan, elak untuk mendisiplinkan mereka & jangan paksa anak makan dengan mendorong makanan masuk ke dalam mulut anak, ini bahaya & boleh mengakibatkan tercekik juge hasilkan lebih masalah untuk makan kemudiannya.
Daripada menggunakan kekerasan & paksaan, try tips ini semase di meje makan,
- Kawal tingkah laku kite sendiri ketika di meja makan. Lead by example.
- Fokus pada anak yang sedang makan, tapi dalam masa yang sama berbuallah tentang perkara lain semasa di meja makan. - Perbualan akan mengurangkan perhatian anak kepada makanan. Bagi tau anak kita apa yang sedang mereka makan, tapi jangan lagi bercakap tentang makanan selepas itu. - Elakkan komen seperti "tengok ibu suka makan ni" @ "awak nak jadi kuat macam ayah?" Komen ini hanya akan menambahkan suasana yang stress & ini tidak membantu picky eater.
- Alihkan je pinggan kalau anak kite tak nak makan, tapi jangan pula benarkan anak tinggalkan meja sehingga orang lain semue habis makan, & jangan berikan anak snek within the next hour. Sediakan sahaja hidangan yang sama & jadualkan masa snek seperti biase samada anak kita makan @ tidak. Kanak-kanak boleh memanipulasi situasi makan malam jika kita membenarkan mereka untuk melangkau waktu makan tapi makanmakanan ringan kemudiannye.
- Jangan sesekali sogokkan anak untuk makan satu makanan yang mereka tak suka dengan menjanjikan ganjaran dengan makanan yang lain (terutama makanan manis). Dengan corak ganjaran seperti ini akan mengundang 'a lifelong struggle with sweets' yang boleh membawa kepada masalah kesihatan & berat badan.
Sekirenye usaha di atas masih belum berjaya, apa kate cube berikan anak Mealshake Shaklee, suplemen pencetus selera anak. Klik sini utk keterangan lanjut tentang produk.
Berakhir sudah entry ini...moge kite semue mendapat manfaat daripada perkongsian ini..setiap usaha kite sertakanlah dengan pertolongan daripadaNya & pintalah dipermudahkan urusan kita dalam memberikan yang terbaik buat anak2 syurga ini. Jazzakallah khukairan.
Berminat? Perlukan konsultasi mengenai supplemen yang sesuai untuk anda?
Hubungi saya !
No comments:
Post a Comment