Assalammualaikum wbt..
Hai semua, hari ini zizie nak cerita pasal kepentingan kalsium dalam kehidupan seharian kita. Bagi zizie sendiri mesti terlintas difikiran tentang 'minum susu' bilamana bercakap tentang kalsium ni. Persoalan timbul, cukupkah bekalan kalsium untuk tubuh badan kita dengan hanya mengambil susu setiap? Bagaimana pulak dengan sesetengah orang yang tidak gemar mengambil susu oleh kerana rasa yang meloyakan anak tekak? Mari kita bongkar satu persatu tentang bertapa pentingnya kalsium ini.
APAKAH KEPENTINGAN DAN KEBAIKAN KALSIUM?
Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi. Sementara itu pengambilan kalsium yang belian juga boleh menyebabkan karang ginjal.
Kalsium memainkan peranan penting dalam pementukan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk tulang dan pembentukan gigi. kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam pengucupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.
Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Lebih daripada 99 peratus kalsium badan disimpan dalam tulang dan gigi manakala baki 1 peratus didapati dalam darah, otot, dan cecair antara sel-sel.
Kalsium hilang dari badan setiap hari melalui air kencing dan najis, dan jumlah surih hilang melalui peluh, kulit, rambut, dan kuku.
Kalsium yang hilang biasanya digantikan dengan kalsium daripada makanan. Jika diet tidak mengandungi kalsium yang mencukupi atau badan kita tidak dapat menyerap kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan @ supplement, badan akan bertindak mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang
kekurangan kalsium punca penyakit osteoporosis |
SUMBER-SUMBER UTAMA KALSIUM
MAKANAN YANG KAYA SUMBER KALSIUM |
Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju. Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.
KESAN KEKURANGAN KALSIUM
Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tahu yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya apabila seseorang tidak mendapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan di dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot. Perkara ini yang menyumbang kepada:
- Penyakit osteoperosis.
- Pembentukan struktur normal sel
- Sistem saraf
- Pembekuan dan tekanan darah
Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan sebanyak sekurang-kurangnya 600gram kalsium, kekurangan kalsium ini akan diambil dari tulang dan gigi kita. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:
- Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
- Sukar tidur (Insomnia)
- Usus menjadi lemah dan sering sembelit
- Sakit pinggang dan kaki
- Cepat naik angin dan mudah terkejut
- Luka susah sembuh, darah lambat beku
- Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
- Menurunkan kadar metabolisme
- Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
- Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
- Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin
SIMPTOM-SIMPTOM KEKURANGAN KALSIUM
» Kejang otot
» Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
» Wheezing (pernafasan seperti wisel)
» Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
» Keletihan
» Rambut kasar
» Kuku rapuh
» Kulit kering (Psoriasis)
» Tumit pecah dan kasar
» Eczema - penyakit kulit
» Sakit sendi
OsteMatrix™ Shaklee Kalsium Terbaik
Kenapa saya kata OsteMatrix™ Shaklee kalsium terbaik? Kerana ianya produk yang diyakini selamat dan berkesan. OsteMatrix™ bukan sekadar vitamin kalsium. OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan.
Saya adalah Pengedar Shaklee anda di kawasan Kota Kinabalu dan seluruh malaysia. Konsultasi akan diberikan secara percuma. Jangan segan dan silu menghubungi saya segera melalui sms/whatsap 010-9555204 untuk sebarang pertanyaan berkaitan vitamin Shaklee dan sekiranya anda ingin menjadi ahli Shaklee. Bimbingan dan panduan diberikan sebaik mungkin dalam Group Hebat keluarga Shaklee kami..
Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Fb : rmin zie
♥ Emel : ziziesalim@yahoo.com
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe sila klik LIKE utk info terkini