Wednesday, 16 April 2014

Ostematrik Shaklee suplemen untuk Melegakan sakit tulang belakang Anda

Runsing dan binggung dengan masalah kerap sakit belakang di bahagian bahu, sakit leher, sakit tulang belakang & sakit pinggang. 


Masalah kesakitan di kawasan ini adalah masalah paling biasa yang memaksa kita berjumpa doktor, selain menjadi penyebab utama kecatatan, menganggu kerja & membabitkan kos penjagaan kesihatan yang tinggi.


Pengambilan ubatan seperti Panadol Extend untuk mengurangkan ketegangan otot atau 'join pain' seperti sakit kepala, sengal & sebagainya tidak berkesan dan hanya memberi kelegaan sementara.




suplemen sakit tulang supermamaotet shoppe
sumber image : pak Google

Punca Sakit Belakang, Bahagian Leher, Bahagian Bahu & Tulang

Banyak punca yang boleh meneyebabkan sakit leher dan belakang khususnya di kawasan sekitar bahu. Selain bebanan pada tubuh, masalah ini juga boleh disebabkan saraf tunjang, paru-paru dan abdomen tidak normal. Ada yang boleh mengancam nyawa seperti serangan jantung & trauma serta keadaan lain seperti bebanan.
Perlu kita tahu, antara tabiat buruk menyebabkan sakit belakang adalah seperti :
  • Gemar membongkok ke depan dan beralih ke kiri dan kanan ketika mengangkat atau menarik sesuatu.
  • Membongkok ke depan dan ke bawah ketika bekerja.
  • Perjalanan yang jauh tanpa berhenti rehat.
  • Berdiri terlalu lama.
  • Membawa barang yang beratnya tidak seimbang.
  • Duduk membongkok di kerusi.
  • Membongkokkan badan ketika batuk atau bersin.
  • Memakai kasut bertumit tinggi.
Ahli Fisioterapi Hospital Pakar KPJ Tawakal di ibu negara, Siti Suraiya Yusa, berkata kajian menunjukkan kebanyakan masalah tulang belakang boleh dicegah kerana ia berlaku akibat mekanikal tubuh dan postur atau kedudukan yang tidak baik menyebabkan tulang belakang dibebani tekanan yang tidak normal.
Bahagian leher & bahu kita terdiri daripada otot, tulang & pelbagai struktur sokongan yang lain. Banyak sebab yang boleh jadi punca sakit leher & belakang khususnye kawasan sekitar bahu.

Apakah pilihan atau kaedah bagi terbaik untuk mengelakkan dari masalah sakit leher & bahu? 
 Ada tiga perkara yakni :
1. Belajar mempraktikkan postur yang baik.
2. Bijak menggunakan mekanik tubuh dengan baik ketika melakukan aktiviti seharian 
3. Kerap bersenam (amalan senaman yang sesuai)
Asas penjagaan kesihatan leher dan belakang bermula dengan postur. Ini kerana kedudukan badan yang tidak betul adalah antara penyebab masalah spina dan boleh menyebabkan kesakitan sedia ada semakin teruk. 
Lebih serius lagi, ia juga boleh menyebabkan kesakitan menjadi lebih kronik dan sengsara berpanjangan. Penjagaan asas postur yang baik ialah kekalkan kedudukan tulang belakang atau spina yang neutral iaitu memastikan tiga lengkuk semula jadinya berada pada kedudukan betul. 
Kajian menunjukkan individu yang selalu bersenam kurang mengalami kecederaan atau sakit belakang. Kalangan individu yang gemar bersukan ini juga lebih mudah pulih daripada kecederaan yang dialami berbanding individu yang kurang terbabit dengan aktiviti fizikal..haa jadi bersenamlaah yeh..boleh juga membantu masalah sakit belakang kita. 


 INFO: Petua elak sakit belakang

  • Tidur di atas tilam spring; letakkan papan di atas dasar tilam.
  • Elakkan diri daripada ketegangan yang boleh menyebabkan sakit belakang.
  • Kekalkan kedudukan susuk badan (posture) yang baik ketika duduk dan berdiri.
  • Apabila mengangkat barang, tegakkan belakang anda dan bengkokkan lutut saja.
  • Pelajari senaman yang boleh membaiki pergerakan dan kedudukan susuk badan anda.
  • Jika memandu, anda perlu berhenti dan berehat seketika atau keluar dari kereta setiap 90 minit.
  • Bagi wanita, pakai kasut bertumit rendah.
  • Luangkan sedikit masa untuk berehat dan elakkan daripada terlalu banyak membuat kerja yang membebankan untuk jangka waktu yang lama.
  • Pegang objek yang berat rapat ke badan anda.
  • Apabila duduk di kerusi, pilihlah tempat duduk yang dapat mengampu seluruh paha anda dan biarkan kaki anda lurus ke bawah dan memijak lantai atau bangku kecil dengan selesa.

Bagaimana Ostematrik Shaklee dapat membantu?





" Kalsium penting untuk pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi, pembekuan darah, denyutan jantung yang normal dan rembesan hormon"

Manfaat pengambilan Ostematrik setiap hari sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan sakit sendi dan juga radang sendi. Kandungan kalsium dalam Ostematrik membantu dalam penumpatan tulang yang kuat.


FAKTA OSTEMATRIK

1 biji tablet bersamaan dengan 80 biji badam & 1 gelas susu tinggi kalsium 

Kalau ambil panadol, pain killer @ apa sahaja untuk malasah sakit belakang ni..ia hanya dapat membantu mengurangkan. Berbeza dengan Ostematrik bukan sahaja membantu mengatasi masalah sakit-sakit belakang malah mampu menjaga kesihatan tulang kita, masalah migrain, senggugut, & gastrik.

antara testimoni pengambilan OSTEMATRIK :









Saya merupakan Pengedar Shaklee di Sabah serta seluruh Malaysia. Hubungi saya sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang produk Shaklee di talian berikut;

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Hubungi saya segera! Saya akan guide anda sebaik mungkin sekiranya anda ingin menjadi Pengedar Shaklee yang berjaya :)

Zizie salim
♥ sms/whatsApp: 010-9555204
♥ Emel : zihak87@yahoo.com.my
♥ Fb: Supermamaotet Shoppe  sila klik LIKE utk info terkini